Tuesday, May 27, 2014

DIY: Bunga Kain Perca

Semenjak masuk bidang 'menjahit' secara tak sengaja ni, rumah aku dah menimbun2 gak lah kain perca. Terjumpa beberapa gambar di Google yang mengajar teknik nak buat bunga dari kain perca. Sangat comel & ringkas. Tak sampai 10 minit dah siap kot. Sekarang ni tengah trend brooch jenis macam ni.  So, kali ni aku nak share macam mana nak buat. Aku buat as hiasan pada langsir kabinet dapur mak aku. So, takdalah istilah brooch disini. InsyaAllah. Teringin gak nak buat brooch since aku ada macam2 warna kain perca.Heee.OK.Nampak senang tapi 2,3 x jugaklah aku try. Macam-macam hasil yang aku dapat.Layaan.

OK. Jom mula..


OK. DAH SIAP!

Aku suka sangat dengan combination color ni. Aku tak terfikir plak nak buat warna ni as tema kawin dulu. T_T

Takpelah Tema Aqiqah anak 1st kami nanti, kan ku buat ratusan bungan gini. Walaupun anak aku kemungkinan adalah lelaki. LOL.

SONANG YO LAH!

Thursday, May 15, 2014

Let do some drawing..

Rindu sangat nak main dengan warna & drawing. Malam tadi minta Abang lukis beberapa image kosong untuk aku warna. Untuk kali ni nak tunjuk dua ekor haiwan ini je. They look so cute.HaHaHa.

1. The Little Turtle

Ini hasil lukisan kosong En.Lotfi. Aku tambah tang love2 tu je & kening little turtle ni. =P Perempuan..Gitulah..


Next, touch up bahagian line supaya nampak jelas & kemas. Tak semestinya line mesti bersambung. Inilah seni dalam drawing. Simple kan tapi kalau aku yang lukis, memang takkan jadi even aku budak art. Tapi iam industrial engineer. Mana main fine art macam ni. 



Once dah settle, mari mewarna. Biasanya kita akan pakai pensil warna kan. Tapi kali ni aku praktikkan penggunaan pastel color yang digunakan semasa 'rendering' process. Ianya bukanlah nak warnakan semua tapi cuma bagi sikit2 efek je. Kasik tone aja bah...

1. Ni sapu je pastel color tu pada part2 yang perlu sahaja. Macam pakai eye shadow. Kalau nak mudah sikit (tapi warna tak rata), boleh guna cotton bud. Korang tak yah risau if warna tu terkeluar. Ianya boleh padam guna pemadam biasa. Nah aku ajarkan kau. 

2. Yang ni proses memadam apa2 yang terkeluar dari line drawing tadi. Gunakan je pemadam biasa. Potong sikit pemadam tu kasi tajam bucunya.so mudah nak padam angle yang tirus.

3. Done rubbing process!
4. =)

TADAAAAA

Inilah hasilnya. Letak sikit shadow kat bawah turtle tu untuk nampak efek lively. Jangan lupa your signature. Baru lah artis!!! =P

* Untuk lebih cantik, korang boleh try untuk blend beberapa warna untuk nampak efek yang lebih menarik.




2. The Lizard & fly


1. Lukisan kosong. Ni memang keluar dari otak dia kot tanpa refer memana pix. Aku agakla...
2. Macam biasa. Kasi pekat sikit line drawing tu.
3. Let try something. Ambil warna kelabu untuk kotorkan badan diaaaa..yeayyyy...kotorkaaaannnn...
4. Aku pilih color merah sebab nak nampak efek 'geli'. nonsense!! 
5. Blend sikit dengan warna hijau lumut so badan lizard ni lg nampak kotor.HaHaHa.Biarkan dia. Lama tak mandi. Berlumut sudaaa..Fly tu kasi warna biru. kontra sikit. 
6. Haaa..ni yang aku maksudkan. Potong je pemadam tu untuk dapatkan bucu yang tajam. so mudah nak touch up. DONE!




Ini lah hasilnya. Pekatkanlah sikit2 mana yang perlu.


Yang ni special sikit sebab aku edit guna photoshop. Kasi nampak macam kartun efek sikit.


Korang mesti tertanya. Macam mana rupa warna yang aku pakai ni kan. OK. Meh nak share sikit.


Inilah dia. Pastel Color by MUNGYO. Ada banyak je brand tapi ini fav aku sebab color dia memang klasik & juling mato tengok eh. Harga dalam below RM20 tak silap. Ada jual di kedai2 art shop/ menjual barang2 lukisan. Kedai buku biasa, biasanya takda jual. Boleh dapat kat area Melawati (sangat banyak art shop), The Village Mid Valley. or Shah Alam Seks 7. 


Ni Paling sikit. Ada lagi pilihan warna yang sampai berpuluh2. Kotaknya lagi besar & pasti lebih juling nak pilih warnanya nanti. I LOVE THIS ITEM!!!


So, selamat mencuba. Sekadar hobi masa terluang ni kan. Sesambil teman anak dalam perut ni. Moga-moga boleh turun bakat pada dia. Ye dak? InsyaAllah. Ibu & ayah budak seni. So, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

SUKA SUKI DENGAN BABY & AYAH

Monday, May 12, 2014

DIY - Mini White Studio

Assalamualaikum.

Nak kongsi 1 rahsia! Baru last week dapat ilmu ni. Ye. Mungkin anda semua dah lama tahu. Heee. Takpe.Takpe. Kongsi jugak.

MINI WHITE STUDIO.

Yes. Itu topiknya. Mini white studio ni macam nak shoot objek berlatarbelakang putih ala-ala studio gitu. Kalau studio sebenar, memanglah mahal sewanya. Kalau setakat nak shoot benda cinonet tu, DIY sudaaa..

Aku dapat idea ni masa jumpa senior aku yang keje kat kedai LSN (pembekal mesin jahit). Dia adalah designer kat sana. Dia guna mini white box studio ni untuk shoot item2 yang company dia jual. So, aku pun cubalah sebab aku ni online business woman! Dulu2 aku shoot guna camera phone tanpa ada seni kecual masa nak promote tu. Background iklan dah cun tapi kualiti image plak hampeh. So, customer pun rasanya boringgggg je kan..

OKlah..Jom aku share something.

Apa yang korang perlu ada:

1. DSLR / camera yang berpixel tinggi/high res ke ape ke...

2. Kotak yang betul2 putih. (Aku guna rak buku aku je.Sebab warna putih) Kotak biasa pun boleh. Cuba balut dengan kertas putih. Paling senang gantungkan saja kain putih yang tebal. Jadi jugak

3. Mentol cahaya putih (Lampu ni DIY jugak. Pinjamlah sat lampu jamban tu. Aku guna cahaya kuning,so agak kuningla efeknya)


OK. DSLR tu biasanya 'auto' kan saja.So tak payah pening2 kepala nak set speed/apperture/dll. Letak item yang  korang nak shoot pada rak tu. Biasanya letak tengah2 & jangan nampakkan sangat border line box tu. Kemudian, lampu tu (yang dah menyala) letakkan di atas belakang kamera. Maksudnya cahaya lampu tu akan tembak dari arah belakang camera. Sorry tak dapat nak tunjukkan keadaanya. Pepandailah korang bayangkan ye. Lagipun lampu ni boleh di adjust ikut cahaya/efek yang korang nak. Then cuba shoot sebanyak mungkin sampai korang berjaya menghasilkan image macam bawah ni. Ni aku shoot dalam 4,5x jugak. Tapi nak shoot benda kecil agak leceh. So, ni kena tambah ilmu lainlah ye. SELAMAT MENCUBA.


sebelum

selepas

Selamat Mencuba!

Monday, May 5, 2014

DIY - Scarf Pin

Assalamualaikum.

Em....

Aku memang pantang tengok benda comel2. Aku selalu ke kedai jahit ni (Area kampung) untuk beli barangan jahitan aku.. Kedai cina. Dia jual punyalah banyak butang-butang baju yang cecomel tahap apa tah. So, 1 hari tu aku terfikir nak hasilkan 1 craft work.

Last two weeks, aku berkesempatan untuk balik kampung. So, apa lagi. Boronglah beberapa butang-butang comel. Aku sebenarnya nak buat pin skaf. Biasanya aku pakai shawl, guna pin biasa je. Jarang pakai yang jenis 'peniti' sebab selalu tertanggal sebab kepalanya KOCIK BONA. Tembus pada kain. Sekarang dah bosan plak nak pakai butang biasa tu. So, nak cari kelainan, DIY (Do it yourself) jela..

So, inilah hasilnya.





 Hee..Aku letak namanya LOLIPOP SCARF PIN sebab rupanya macam lolipop bulat tu kan...Sebenarnya banyak lagi color lain tapi mata aku dah juling nak pilih warna & suami aku dah duk jeling2 bila nya nak sudah.

IAMADESIGNER

Thursday, April 3, 2014

I'am Pregnant! =D

"Sesungguhnya, aku hanya mampu merancang tetapi Allah sudah takdirkannya untuk episod kali ini"

Ye! Aku hanya sempat period sebulan selepas akad nikah. Tunggu punya tunggu. Bulan depan punya period dah tak mai dah. Aiyookkk!!! Sebenarnya aku merancang untuk tidak mengandung sebab nak sambung belajar. Kalau kat Malaysia, tak da hal la nak sambung. Ini nak ke negara orang. T_T

Sedih jugak bila kenangkan terpaksa lupakan hajat nak sambung belajar tu. Tapi suami cakap, kita plan lain pulak lah. Settlekan urusan keluarga & baby dulu.

Suami sebenarnya teringin nak baby seawal mungkin & nak jugak aku ke sana. HE DRIVE ME, CRAZY!. Aku pulak dah keliru. Macam mana nak g kalau dah ada orang dalam perut nak-nak lagi prosedur beranak kat sana tah macam mana dan aku plak due on September. Orang duk kalut register new sem. Aku duk kalut cari hospital nak beranak.HaHaHa. So, akhirnya kami memilih untuk sama-sama fokus pada baby kami. Tangguh dulu angan-angan tu. 

Masa awal mengandung tu, kami baru masuk rumah sewa baru. Kebetulan Malaysia sedang mengalami musim panas & kemarau yang agak teruk. + JEREBU. So, for the first sign, aku telah demam. Rasanya sangat nak mati. Lemah dan lapar. Asyikla nak makan tapi kudrat nak masak memang takda. Suami pulak keje.Balik dalam pukul 8 malam. Memang naya laaaaa...So, bincang dengan suami. Dia ambil keputusan hantar aku balik duduk dengan mak di kampung sebab keadaan aku dah makin teruk sampai urusan rumah dah kelam kabut.  

Alhamdulillah. Bila di kampung rasa tenang sikit sebab cuaca kampung agak redup dan sejuk sebab rumah dalam hutan.HeHeHe. Mak pulak jenis rajin masak. Dan aku pulak memang tak boleh masuk dapur. Kalau ke dapur masa orang tengah masak, automatik muntah or pitam or seangkatan dengannya. Alahan yang aku alami taklah teruk sangat macam kawan2 aku yang lain cumanya aku kerap demam dan sakit perut sebab angin.

Setelah berehat di kampung lebih kurang 2 minggu, suami ajak balik Shah Alam. Sunyi katanya sebab tak da siapa nak di kacaunya. Mangsanya memang aku la..

So, sebelum balik Shah Alam, aku dah siap2 list apa yang aku nak kena siapkan untuk pastikan aku mampu hidup tanpa perlu dihantar pulang semula sebab masa balik ni aku masih belum OK sangat. Cuma kesiankan suami, ku gagahkan juga..

Antaranya:


Banyak dugaan sebenarnya tapi ianya bukan alasan untuk kita teruskan hidup. Kita kena sedar yang dalam perut kita ada makhluk yang sedang memproses segala macam yang kita rasa atau buat. Sentiasa berhati- hati dalam tindakan sebab dia akan belajar dari didikan kita yang kita tak sedar. Pada mulanya aku seolah merungut dengan masalah di atas tapi Alhamdulillah. Selepas muhasabah balik diri, nak atau pun tak, kita kena lalui semua ini. Sebagai hamba Allah yang diberikan akal, berfikirlah macam mana nak hadapi masalah itu. Benda itu sangat remeh tapi akan jadi isu besar semasa anda mengandung sebab emosi ibu memang ke laut masa mengandung. HeHeHe. 2 minggu bercuti itu dapat aku manfaatkan sebaiknya untuk tenang & jadi lebih bersedia. NOW, IAM A HAPPY WIFE & MAMA TO BE.


the is BABY in the WOMB!

Thursday, January 2, 2014

LAMBAT BUKAN TIADA SEBAB

"Dalam lambatnya seseorang untuk mencapai kejayaan, sebenarnya dia telah belajar lebih banyak dan lebih banyak sabar sampai sehingga akhirnya dia menjadi seseorang yang jauh lebih berjaya dari orang yang berjaya melalui jalan yang laju"



Ini kata2 dari Prof. Dr....OK TAK HINGAT!

Ya.Petikan itu macam karen dalam jiwa aku. Dulu aku selalu 'down' sebab apa saja aku buat, mesti tak jadi. Apa aku plan, confirm sekerat jalan. Senang cerita, ada.... je masalah untuk aku berjaya atau ayat lebih sopan tanpa riak, untuk merasai apa itu bahagia. *semua ini poyo.

Tapi...

Bila dah semakin dewasa, pemikiran kita makin matang. Aku selalu dengar orang cakap: JANGAN CAKAP BENDA TAK ELOK UNTUK DIRI KITA. ITU DOA. DARI TAKDA, JADI ADA NANTI.

So..semakinlah aku dewasa, aku fikir balik. Ye. Aku mungkin lambat dari kawan2 lain. Mereka semua ada keluarga. Ada pekerjaan. Ada harta mean kereta,rumah...ALA TAK HABIS BAYAR PUN LAGI...*hoi tiada unsur jeles k. =P

TAPI...

Aku?Memang aku agak lambat..Bukan agak tapi memang lambat..Kahwin pun lambat. TAPI AKU DAPAT HUSBAND YANG MUDA SETAHUN DARI AKU. EKAU HADO??? Syukur. Luv u, baby! Awww

SO...

Untuk tidak menjadikan hidup yang singkat ini sia2, lebih baik kau sedar sekarang bukan masa untuk sedih2. Sejak itu, aku selalu cakap pada diri aku,

"BIARLAH AKU LAMBAT. ASALKAN SETIAP PENJURU HIDUP AKU, AKU DAPAT NIKMATI SEPUASNYA & BERMAKNA!

So, tak da dah sedih2. Cuma kalau lembab tu memang aku. Kalau terlaju pun memang aku. HaHaHa.so terima jela seadanya diri ni. Bila check balik, apa yang kita lalui dulu tu banyak gunanya SEKARANG. So,kira tak sia2lah kan kalau aku lambat. Aku redha je sebenarnya. Aku sendiri tak tahu lama mana aku hidup & apa jela agaknya yang sempat aku nikmati. So, HOI BANYAK NA ASO EH NI...SO.SO.SO.

So..heh! Apa saja yang datang dalam hidup ni,nikmatilah walaupun kadang2 kita rasa macam lambatnya nak kaya..lambatnya nak pandai...lambatnya nak dapat suami...lambatnya nak dapat kerja...

SEBENARNYA, ALLAH TAK PERNAH LAMBAT TAPI KITA YANG TAK SABAR.

Bak kata mak den, ekau ni dah tak nyompek2 an ko!

Akhir kata,

Biar lambat asal selamat. Mutu gaya keunggulan. Dan malam ni..Dr. Prof aku lupa tu dah keluarkan statement itu. So maknanya...Janganlah risau..Lambat itu ujian..sabar lawannya..Allah pasti berikan yang lebih INDAH


SALAM KASIH SAYANG HAJARISHAK

Tuesday, December 31, 2013

I'am Not Single, Anymore.


Merisik

9 Mac 2013

Majlis Pertunangan

11 Ogos 2013

Majlis Akad Nikah (Rumah Pengantin Perempuan)

7 Disember 2013

Majlis Kesyukuran (Rumah Pengantin Lelaki)

29 Mac 2014

Alhamdulillah.

A few moments to be shared with you.




and...











Yes. Semuanya SDN BHD!Sebab saya memilih untuk mengadakan majlis saya sesimple mungkin sebab saya nak ENJOY lepas kahwin!! NO REGRET!Lagipun, belanja nak kahwin zaman tu sangat TAK MASUK AKAL.HaHa.Dont follow people. BUT follow your heart..Alhamdulillah. Iam really enjoy my life now.

ISLAM ITU MUDAH!

Monday, October 21, 2013

Awesome Web Tool

Assalamualaikum & Hi!

Fuhh.Minggu yang agak mencabar. Cadangnya nak uruskan dossier ( file dalam French) untuk submission next week last-last terpaksa diabaikan seketika untuk uruskan parent. Berkejar ke hospital jaga abah then balik rumah tengok mak demam panas plak. Alhamdulillah. Sekarang baru free. Duk tengah kalut kejar due date, teringat pesan member. Suruh je En.Google tolong.HAHAHA. So....

Kali ini saya nak share beberapa tool dari internet yang boleh digunakan secara SANGAT MUDAH & FREE untuk membantu anda!! Sebenarnya tool-tool ni saya dapat secara kebetulan dari info kawan-kawan atau secara tak sengaja terjumpa. HaHaHa. Layankan jela..Saya ni memang tak arif sangat hal-hal 'online' ni tapi sejak kawan saya bagi tips, terus jadi macam, Ya Allah...Mudahnya lah hidup orang sekarang kan. Semua dah ada kat internet ni...

TIP UTAMA dari kawan saya tu ialah....

Kalau kita tak tahu nak buat macam mana or tak tahu nak cari kat mana ke or apa2 jela yang kita tak tahu tapi sibuk nak tahu...TAIP JE KAT GOOGLE TU then SEARCH!! Mustahil Mr- Google tak tunjukkan result..hehe..

Contohnya... How to convert Illustrator to Jpeg File..How to eat sushi? How to kill mouse? How to gain weight? What is bla...bla..bla..? What "six flag" mean? What does it mean of " put your initial here"? DAN BERMACAM- MACAM SOALAN KITA BOLEH TANYA....Soalan bengap pun boleh!!! Diorang layannnnkan aja...

Tengah -tengah siapkan dossier tadi, terfikir, HOW TO COMBINE PDF FILES into one single PDF FILE?? Memang ada tool mudah iaitu Acrobat Reader tapi dalam PC AKU TAK DE! So..taip jela kat Mr. Google tu.... How to.....

1. HOW TO COMBINE PDF FILES INTO ONE SINGLE PDF FILE?

Gunakan ' PDF Binder'. Saya rasa ini kaedah paling amat senang! HeHeHe.

i. Klik :  PDF Binder
ii. Download

Klik dekat button ni :


iii. Lepas tu 'Run' & Finish kan installation.
iv. Anda dikira berjaya meng'install' bila dah dapat keluarkan tetingkap ni...


v. So bolehlah korang 'add file' yang korang nak combine kan tu.. then klik ' Bind!'.
vi. ANDA BERJAYA!! =D

Ok. Yang ini pulak adalah kaedah untuk hantar file yang berat-berat tanpa melalui email. Actually, saya tahu benda ni masa saya nak attach portfolio untuk hantar email for job application. Al- maklumlah, budak design ni memang hantar image + design bergiga2 bite.Hahaha.. So kalau hantar melalui email, alamatnya memang takkan KEJE LA KAU! So, untuk itu. My senior suggest guna.....

2. HOW TO SEND OVERLOAD FILE TO OTHER PERSON WITHOUT USING EMAIL?

Gunakan ' Sendspace'. Saya rasa send space ni pun ada limit.HaHaHa. Ko sebat ajela.

i. Klik: SendSpace
ii. Upload file yang beberat sangat tu...Hehe. Klik pada ' Browse'


iii. Then isikan nama penerima & pengirim. Then tekan 'Upload'.


iv. Penerima akan terus dapat email yang menyatakan anda telah hantar sesuatu file padanya. Sendspace akan bagi link untuk mendapatkan file tersebut. Pengirim pun akan dapat notification & link tu juga. So, kita bolehlah copy paste link tu pada email kita untuk di buka oleh penerima email kita tu nanti. (Aku rasa ada yang tak faham ayat aku ni.HaHaHa)

v. TAHNIAH. ANDA DAH BERJAYA! =D


OK. Buat masa ni, itu sahaja yang dapat dikongsikan. Nanti saya share beberapa awesome tool lagi k.
InsyaAllah. 
Assalamualaikum.

MAHU JADI ISTERI SOLEHAH =)

Tuesday, October 15, 2013

Wishes for my 26th Birthday

Now, officially, iam 26 years old.

Kebetulan tahun ni, Hari Raya Aidiladha 1434H jatuh pada 15 Oktober 2013. Hari aku dilahirkan pada 1987 dulu. 

Bermula seawal 9.30pm 14 Okt. 2013 dah dapat 1st wish. Kemain lagi laju nak wish. Then as usual, orang akan tunggu detik 00:00 15 Okt. 2013 untuk wish.
Ala....korang mesti biasa buat kan. Termasuk saya. Sampai pernah set alarm untuk wish that time. Sharp!

Ok.Kali ni saya nak kongsi beberapa wish yang agak lain & special (yang len jangan kecik hati taw..tak baik merajuk2)hehe..Ok let begin with this...

1. Wish Image (Over rajin taw)

Ni antara wish yang datang dari kengkawan yang over rajin buat wish guna image. Terharu sangatttt.
Hari tu teringin gak nak dapat wish berbentuk gambar by him. Sebab dia pandai lukis. aaaaaa. TAK DE PON. ='''(

Tak pelah...Takde rezeki..

Ex-classmate Unikl

Geng Anak Dara Kg Pisang * Ayu!
2. Wish by Mr. Google ( Dont know male/female..LOL)

Ok.Yang ni agak surprise. Tadi je baru tertengok benda ni..Terkozot den..En.Google wish birthday.LOL

3. Wishes from my lecturers (Oh ini so special..terharu!)
Actually saya sangat segan dengan lecturer.Tetiba dapat wish.Rasa semacam.Hehe

My English Lecturer! <3 Lovable Madam! 

My Deputy Dean. Sir yang sangat sempoi..feww

4. Wish berbahasa German..Ala...why not in French??
Puteri ni adalah junior saya & antara orang yang bertanggungjawab dalam penyatuan hati 2 jiwa.Hahahaha.Oppss..

Ni Arabic + German.Pun boleyyy

5. Wishes dari abang2.

Actually, saya tak close sangat dengan abang2 saya. Rasanya tahun ni baru diorang tahu 15/10 adalah hari jadi saya.hahaha...bagus jugak FB ni..Tapi xleh nak request hadiah sebab both tak beraya di kampung.
*Nampak tak nama bapak samo tu.hahaha

Yang ni memang close. Beza umur setahun ja. Dah macam geng rempit dah.haha

Yang ni clueless men..aku layan je dia ni...
6. Wish by cousin
Boleh pulak birthday saya sama dengan anak sulung dia. Hehe..Damia akan ikut gaya saya kah??InsyaAllah. Yang baik sila ambil.Yang buruk, PLEASE dont follow.

Kak Siti!

7. Wish terpanjang by ex-classmate.

Panjang kan...ni la paling panjang..paling pendek? HB je.hehe
OK.Setiap hari jadi kita, mesti kita tak jangka orang2 yang akan wish kita kan..Sama juga dengan saya. Ada yang saya tak kenal, tapi dia wish macam bertahun kenal. Ada wish yang saya tunggu tapi tak da plak wish. So moralnya, dont judge the book by it cover only. Judge la setelah anda kenal betul2.Tapi Rasulullah ajar, berbuatlah baik & jangan berbuat jahat walaupun pada orang yang khianat kita. * Macam tak da kena mengena.Hahaha..okla tu.. =D

Ok. Selebihnya adalah wishes2 di FB & Whatsapp! Hehe.. Tetua ni pun rasa mcm bebudak plak.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Masih sempat merasai umur 26 ni. Tapi masih banyak perlu diperbaiki. 
InsyaAllah. Sedang berusaha untuk terus istiqomah dalam mencari redha Allah. Moga Allah hadirkan insan2 yang akan mengingatkan saya kepada Nya. 

Dan...

SALAM AIDILADHA DARI KAMI,


MAHU JADI ANAK SOLEHAH!




Sunday, October 13, 2013

Detik waktu 15:10:13

HIDUP SEBUAH PERJALANAN

PERJALANAN ITU TELAH TERTULIS SEJAK DI LUHMAHFUZ LAGI.
SIAPA KITA MAHU MENIDAKNYA.

ADA YANG SENANG DARI KECIL
ADA YANG SENANG DIHUJUNG NYAWA
ADA YANG SENANG DIAWAL DAN AKHIR
ADA YANG....NAUZUBILLAH.

AKU?
HANYA ALLAH YANG TAHU.

TIKA KECIL.TIADA SIAPA YANG INGAT ZAMAN BAYINYA.
ZAMAN KANAK2NYA
MEMORI YANG AKU INGAT ADALAH SEJAK AKU BERUMUR 3 TAHUN.
DISITU MINDAKU MULA MEREKOD SEDIKIT DEMI SEDIKIT PENGERTIAN HIDUP INI

MENGINJAK DEWASA.
TAHUN DEMI TAHUN.
MELALUI PELBAGAI TINGKAT KEHIDUPAN.
WARNA NYA BUKAN CALANG-CALANG CORETAN.
KEKADANG IANYA PERIT TERASA
KEKADANG IANYA MANIS INDAH

SAAT MENULIS.
MENGIRA DETIK DATANGNYA HARI ITU.
HARI YANG MENJADIKAN AKU GENAP 26 TAHUN
YA!
26 TAHUN SEBAGAI HAMBA ALLAH
SEBAGAI UMAT RASULULLAH

BETUL?
BETULKAH AKU LAYAK MENGELARKAN DIRIKU SEPERTI ITU?
APA?
APA BUKTINYA?

ALLAH!
TERDUDUK. 
DIAM.
MANA?
MANA BUKTINYA?

ALLAH! ALLAH! ALLAH!

TANGISAN ITU TANDA SESAL.
TAPI?
TAPI ADAKAH IA MENGERAKKAN UNTUK BERHIJRAH?
HA?
HIJRAH?

HIJRAH ITU SESUATU YANG TIADA HENTI.
TERUS.
YA!
TERUS BERHIJRAH.
PERIT?
YA!
SYURGA ITU INDAH!
MANA MUNGKIN SEMUDAH ITU UNTUK MENDAMBAKAN SYURGA.

" APAKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MASUK KE SYURGA, PADAHAL BELUM DATANG KEPADAMU (CUBAAN) SEBAGAIMANA HALNYA ORANG TERDAHULU SEBELUM KAMU?...." [AL-BAKARAH: 214]

AKU?
AKU MERANCANG.
ALLAH JUGA MERANCANG.
PASTI LEBIH INDAH

KEDEWASAAN INI.
ERTI KEHIDUPAN ITU LEBIH PERLU MAKNA.
MAKIN KE TUA.
MAKIN KE RUNSING
MAKIN KEJAUHAN?
 JANGAN!
JANGAN!
JANGAN!
JANGAN KEJAUHAN DARI YANG MAHA ESA.
DEKAT!
MARILAH DEKAT!
YA!
ALLAH LEBIH DEKAT DARI DIRI KAMU SENDIRI.

PAKSIKAN HIDUPMU.
PAKSIKAN HIDUPMU UNTUK ALLAH
KAMU?
ADAKAH KAMU MEMILIHKU KERANA ALLAH?
YA?
TIDAK?
PASTIKAN YA!
KERANA AKU MEMILIHMU KERANA ALLAH!
PASTI!
KERANA AKU BAKAL BERNAUNG DIBAWAH KUASAMU
JIKA BUKAN ENGKAU YANG MEMBAWA KU KE SYURGA, SIAPA?
SIAPA?

MAK.
ABAH.
ABANG-ABANG.
MEREKA JUGA BAKAL KERUNSINGAN.
SIAPA YANG BAWA MEREKA KE SYURGA?
AKU?
AKU KAH?

BELUM TAHU.
TIDAK TAHU.
ALLAH SAHAJA YANG TAHU.