"Sesungguhnya, aku hanya mampu merancang tetapi Allah sudah takdirkannya untuk episod kali ini"
Ye! Aku hanya sempat period sebulan selepas akad nikah. Tunggu punya tunggu. Bulan depan punya period dah tak mai dah. Aiyookkk!!! Sebenarnya aku merancang untuk tidak mengandung sebab nak sambung belajar. Kalau kat Malaysia, tak da hal la nak sambung. Ini nak ke negara orang. T_T
Sedih jugak bila kenangkan terpaksa lupakan hajat nak sambung belajar tu. Tapi suami cakap, kita plan lain pulak lah. Settlekan urusan keluarga & baby dulu.
Suami sebenarnya teringin nak baby seawal mungkin & nak jugak aku ke sana. HE DRIVE ME, CRAZY!. Aku pulak dah keliru. Macam mana nak g kalau dah ada orang dalam perut nak-nak lagi prosedur beranak kat sana tah macam mana dan aku plak due on September. Orang duk kalut register new sem. Aku duk kalut cari hospital nak beranak.HaHaHa. So, akhirnya kami memilih untuk sama-sama fokus pada baby kami. Tangguh dulu angan-angan tu.
Masa awal mengandung tu, kami baru masuk rumah sewa baru. Kebetulan Malaysia sedang mengalami musim panas & kemarau yang agak teruk. + JEREBU. So, for the first sign, aku telah demam. Rasanya sangat nak mati. Lemah dan lapar. Asyikla nak makan tapi kudrat nak masak memang takda. Suami pulak keje.Balik dalam pukul 8 malam. Memang naya laaaaa...So, bincang dengan suami. Dia ambil keputusan hantar aku balik duduk dengan mak di kampung sebab keadaan aku dah makin teruk sampai urusan rumah dah kelam kabut.
Alhamdulillah. Bila di kampung rasa tenang sikit sebab cuaca kampung agak redup dan sejuk sebab rumah dalam hutan.HeHeHe. Mak pulak jenis rajin masak. Dan aku pulak memang tak boleh masuk dapur. Kalau ke dapur masa orang tengah masak, automatik muntah or pitam or seangkatan dengannya. Alahan yang aku alami taklah teruk sangat macam kawan2 aku yang lain cumanya aku kerap demam dan sakit perut sebab angin.
Setelah berehat di kampung lebih kurang 2 minggu, suami ajak balik Shah Alam. Sunyi katanya sebab tak da siapa nak di kacaunya. Mangsanya memang aku la..
So, sebelum balik Shah Alam, aku dah siap2 list apa yang aku nak kena siapkan untuk pastikan aku mampu hidup tanpa perlu dihantar pulang semula sebab masa balik ni aku masih belum OK sangat. Cuma kesiankan suami, ku gagahkan juga..
Antaranya:
Banyak dugaan sebenarnya tapi ianya bukan alasan untuk kita teruskan hidup. Kita kena sedar yang dalam perut kita ada makhluk yang sedang memproses segala macam yang kita rasa atau buat. Sentiasa berhati- hati dalam tindakan sebab dia akan belajar dari didikan kita yang kita tak sedar. Pada mulanya aku seolah merungut dengan masalah di atas tapi Alhamdulillah. Selepas muhasabah balik diri, nak atau pun tak, kita kena lalui semua ini. Sebagai hamba Allah yang diberikan akal, berfikirlah macam mana nak hadapi masalah itu. Benda itu sangat remeh tapi akan jadi isu besar semasa anda mengandung sebab emosi ibu memang ke laut masa mengandung. HeHeHe. 2 minggu bercuti itu dapat aku manfaatkan sebaiknya untuk tenang & jadi lebih bersedia. NOW, IAM A HAPPY WIFE & MAMA TO BE.

the is BABY in the WOMB!