Monday, October 21, 2013

Awesome Web Tool

Assalamualaikum & Hi!

Fuhh.Minggu yang agak mencabar. Cadangnya nak uruskan dossier ( file dalam French) untuk submission next week last-last terpaksa diabaikan seketika untuk uruskan parent. Berkejar ke hospital jaga abah then balik rumah tengok mak demam panas plak. Alhamdulillah. Sekarang baru free. Duk tengah kalut kejar due date, teringat pesan member. Suruh je En.Google tolong.HAHAHA. So....

Kali ini saya nak share beberapa tool dari internet yang boleh digunakan secara SANGAT MUDAH & FREE untuk membantu anda!! Sebenarnya tool-tool ni saya dapat secara kebetulan dari info kawan-kawan atau secara tak sengaja terjumpa. HaHaHa. Layankan jela..Saya ni memang tak arif sangat hal-hal 'online' ni tapi sejak kawan saya bagi tips, terus jadi macam, Ya Allah...Mudahnya lah hidup orang sekarang kan. Semua dah ada kat internet ni...

TIP UTAMA dari kawan saya tu ialah....

Kalau kita tak tahu nak buat macam mana or tak tahu nak cari kat mana ke or apa2 jela yang kita tak tahu tapi sibuk nak tahu...TAIP JE KAT GOOGLE TU then SEARCH!! Mustahil Mr- Google tak tunjukkan result..hehe..

Contohnya... How to convert Illustrator to Jpeg File..How to eat sushi? How to kill mouse? How to gain weight? What is bla...bla..bla..? What "six flag" mean? What does it mean of " put your initial here"? DAN BERMACAM- MACAM SOALAN KITA BOLEH TANYA....Soalan bengap pun boleh!!! Diorang layannnnkan aja...

Tengah -tengah siapkan dossier tadi, terfikir, HOW TO COMBINE PDF FILES into one single PDF FILE?? Memang ada tool mudah iaitu Acrobat Reader tapi dalam PC AKU TAK DE! So..taip jela kat Mr. Google tu.... How to.....

1. HOW TO COMBINE PDF FILES INTO ONE SINGLE PDF FILE?

Gunakan ' PDF Binder'. Saya rasa ini kaedah paling amat senang! HeHeHe.

i. Klik :  PDF Binder
ii. Download

Klik dekat button ni :


iii. Lepas tu 'Run' & Finish kan installation.
iv. Anda dikira berjaya meng'install' bila dah dapat keluarkan tetingkap ni...


v. So bolehlah korang 'add file' yang korang nak combine kan tu.. then klik ' Bind!'.
vi. ANDA BERJAYA!! =D

Ok. Yang ini pulak adalah kaedah untuk hantar file yang berat-berat tanpa melalui email. Actually, saya tahu benda ni masa saya nak attach portfolio untuk hantar email for job application. Al- maklumlah, budak design ni memang hantar image + design bergiga2 bite.Hahaha.. So kalau hantar melalui email, alamatnya memang takkan KEJE LA KAU! So, untuk itu. My senior suggest guna.....

2. HOW TO SEND OVERLOAD FILE TO OTHER PERSON WITHOUT USING EMAIL?

Gunakan ' Sendspace'. Saya rasa send space ni pun ada limit.HaHaHa. Ko sebat ajela.

i. Klik: SendSpace
ii. Upload file yang beberat sangat tu...Hehe. Klik pada ' Browse'


iii. Then isikan nama penerima & pengirim. Then tekan 'Upload'.


iv. Penerima akan terus dapat email yang menyatakan anda telah hantar sesuatu file padanya. Sendspace akan bagi link untuk mendapatkan file tersebut. Pengirim pun akan dapat notification & link tu juga. So, kita bolehlah copy paste link tu pada email kita untuk di buka oleh penerima email kita tu nanti. (Aku rasa ada yang tak faham ayat aku ni.HaHaHa)

v. TAHNIAH. ANDA DAH BERJAYA! =D


OK. Buat masa ni, itu sahaja yang dapat dikongsikan. Nanti saya share beberapa awesome tool lagi k.
InsyaAllah. 
Assalamualaikum.

MAHU JADI ISTERI SOLEHAH =)