Thursday, May 15, 2014

Let do some drawing..

Rindu sangat nak main dengan warna & drawing. Malam tadi minta Abang lukis beberapa image kosong untuk aku warna. Untuk kali ni nak tunjuk dua ekor haiwan ini je. They look so cute.HaHaHa.

1. The Little Turtle

Ini hasil lukisan kosong En.Lotfi. Aku tambah tang love2 tu je & kening little turtle ni. =P Perempuan..Gitulah..


Next, touch up bahagian line supaya nampak jelas & kemas. Tak semestinya line mesti bersambung. Inilah seni dalam drawing. Simple kan tapi kalau aku yang lukis, memang takkan jadi even aku budak art. Tapi iam industrial engineer. Mana main fine art macam ni. 



Once dah settle, mari mewarna. Biasanya kita akan pakai pensil warna kan. Tapi kali ni aku praktikkan penggunaan pastel color yang digunakan semasa 'rendering' process. Ianya bukanlah nak warnakan semua tapi cuma bagi sikit2 efek je. Kasik tone aja bah...

1. Ni sapu je pastel color tu pada part2 yang perlu sahaja. Macam pakai eye shadow. Kalau nak mudah sikit (tapi warna tak rata), boleh guna cotton bud. Korang tak yah risau if warna tu terkeluar. Ianya boleh padam guna pemadam biasa. Nah aku ajarkan kau. 

2. Yang ni proses memadam apa2 yang terkeluar dari line drawing tadi. Gunakan je pemadam biasa. Potong sikit pemadam tu kasi tajam bucunya.so mudah nak padam angle yang tirus.

3. Done rubbing process!
4. =)

TADAAAAA

Inilah hasilnya. Letak sikit shadow kat bawah turtle tu untuk nampak efek lively. Jangan lupa your signature. Baru lah artis!!! =P

* Untuk lebih cantik, korang boleh try untuk blend beberapa warna untuk nampak efek yang lebih menarik.




2. The Lizard & fly


1. Lukisan kosong. Ni memang keluar dari otak dia kot tanpa refer memana pix. Aku agakla...
2. Macam biasa. Kasi pekat sikit line drawing tu.
3. Let try something. Ambil warna kelabu untuk kotorkan badan diaaaa..yeayyyy...kotorkaaaannnn...
4. Aku pilih color merah sebab nak nampak efek 'geli'. nonsense!! 
5. Blend sikit dengan warna hijau lumut so badan lizard ni lg nampak kotor.HaHaHa.Biarkan dia. Lama tak mandi. Berlumut sudaaa..Fly tu kasi warna biru. kontra sikit. 
6. Haaa..ni yang aku maksudkan. Potong je pemadam tu untuk dapatkan bucu yang tajam. so mudah nak touch up. DONE!




Ini lah hasilnya. Pekatkanlah sikit2 mana yang perlu.


Yang ni special sikit sebab aku edit guna photoshop. Kasi nampak macam kartun efek sikit.


Korang mesti tertanya. Macam mana rupa warna yang aku pakai ni kan. OK. Meh nak share sikit.


Inilah dia. Pastel Color by MUNGYO. Ada banyak je brand tapi ini fav aku sebab color dia memang klasik & juling mato tengok eh. Harga dalam below RM20 tak silap. Ada jual di kedai2 art shop/ menjual barang2 lukisan. Kedai buku biasa, biasanya takda jual. Boleh dapat kat area Melawati (sangat banyak art shop), The Village Mid Valley. or Shah Alam Seks 7. 


Ni Paling sikit. Ada lagi pilihan warna yang sampai berpuluh2. Kotaknya lagi besar & pasti lebih juling nak pilih warnanya nanti. I LOVE THIS ITEM!!!


So, selamat mencuba. Sekadar hobi masa terluang ni kan. Sesambil teman anak dalam perut ni. Moga-moga boleh turun bakat pada dia. Ye dak? InsyaAllah. Ibu & ayah budak seni. So, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

SUKA SUKI DENGAN BABY & AYAH