Tuesday, September 9, 2014

Movie Review: Homeless To Harvard


In short, I give 4 stars out of 5.
Genre: Motivational Life Story

Homeless to Harvard. Ia sangat memotivasikan diri seseorang untuk bangkit berusaha mencapai apa yang dihajati. Basically, ianya tentang seorang gadis yang hidup susah. Terpaksa hidup gelandangan sebab parent pun dah bercerai. Maknya drug addicts. Ayahnya pula menghilangkan diri (ke dah meninggal dunia. Ini tak pasti sebab 2x je pernah ditayangkan di TV). Macam-macam dugaan untuk dia survive dalam hidupnya sehingga akhirnya dia melangkah masuk ke University of Harvard hasil usaha nya sendiri & dibantu oleh beberapa insan yang berhati mulia.
Macam mana peritnya kerja cari duit sambil dalam masa yang sama terpaksa buat ulangkaji curi-curi semata-mata untuk capai impian. NO NEW CLOTH. NO NEW SHOE. NO FRIENDS.NO FAMILY. BUT THAT is NOT THE END OF THE WORLD.

Kepada yang tengah struggling mencapai apa yang dihajati, yakinlah. Kita mampu dapat apa yang kita nak asalkan kita berusaha gigih & akhir sekali, doa & tawakal pada Allah sebab takdir hidup kita bukan dikawal oleh kita semata-mata. Pohonlah kebaikan pada-Nya.

You should watch this movie. Yang penting ianya berdasarkan kisah benar. Bukan rekaan. So, ianya memang boleh dicapai.

Kata Orang Tentang Memasak & Mengemas

KALAU KAMU SUKA MEMASAK, BIASANYA KAMU TAK SUKA MENGEMAS
KALAU KAMU SUKA MENGEMAS, BIASANYA KAMU TAK SUKA MEMASAK 


Cakap-cakap orang ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri. Kebanyakkan pemerhatian yang aku lakukan akan membenarkan apa yang orang-orang ini cakapkan. Sejujurnya aku memang suka mengemas rumah & memang aku tak suka memasak. Nak mencuba resepi baru tu bukanlah sesuatu yang mengujakan tapi kalau diajak ke IKEA atau mana2 home deco mart, lain macam semangat tu datang. Bagi aku, aku lebih rela lapar dari tengok rumah bersepah. 

Bila aku datang rumah orang yang pandai memasak atau lebih tepat lagi, masakannya sedap, keadaan rumah mereka biasanya akan agak berselerak/ banyak barang/ apa-apa jela. Bagi aku tak ada masalah sebab aku berpegang pada prinsip di atas. To be honest, setakat hari ini, aku belum jumpa rumah yang kedua-dua kemahiran ni berada dalam keadaan seimbang. Rumah KEMAS. Rajin MASAK! Something interesting to research on. Mesti ada kaitan dengan psychology/mental matters kan..

Aku bukanlah nak kata yang mereka yang pandai masak/pandai kemas ni PEMALAS untuk bahagian yang satu lagi, cuma, kemahiran dan minat mereka lebih yang ke arah yang major. Sebagai contoh, mak aku sendiri. Mak agak pengemas orangnya dan aku rasa mak aku jenis suka mengemas. Tapi mak aku juga rajin & masak dengan sedapnya. Tapi aku dapat lihat, kalau memasak, dia perlukan effort yang sangat tinggi & rasa 'AKU KENA MASAK, KALAU TAK, SEMUA MATI KELAPARAN" yang tinggi di dalam jiwanya. Kalau bab mengemas, tak payah tunggu semangat halimunan datang, zazzzzz mak dah siap mengemas sejak Subuh.

Sama juga dengan orang-orang yang suka masak tapi rumah mereka juga masih kemas. Aku yakin, mereka juga berusaha gigih untuk push diri mereka untuk mengemas atas dasar ianya adalah satu benda yang PERLU dibuat walaupun bukan keinginan.  

Setiap hari, bila rumah dah siap dikemas, benda paling mencabar diri aku adalah memaksa diri untuk MEMASAK. Ianya adalah PERLU. Di usia bujang, aku jarang masak tapi rajin belajar masak dengan mak. Lepas kahwin, nak tak nak, kena masak. Iam struggling with this but memang betul kata orang, kepuasan memasak tu datang bila kita tengok orang yang makan masakan kita itu kenyang dan bahagia. Berat Abang naik since every day aku masak & jarang sekali makan di luar. Lepas ni, ada anak pulak. Lagilah bercambah idea aku untuk memasak walaupun aku tahu aku bukan suka tapi alangkah bagusnya bila kita sukakan orang yang kita suka. So, samada suka masak atau suka mengemas, belajarlah untuk seimbangkannya kerana keduanya adalah PERLU & Ianya adalah tanggungjawab bersama. 

IANYA SERONOK BILA KAMU MAMPU BUAT KEDUA-DUANYA DENGAN HATI YANG IKHLAS. 

Dream high!

Impian sejak kecil adalah untuk terbang bermusafir & berhijrah ke negara orang. Biasanya orang ke luar untuk sambung belajar ataupun kerja. Teringat lagi sewaktu kecil, aku selalu cakap, " Semua orang pernah naik kapal terbang, adik seorang je belum pernah naik kapal terbang. Bila abah nak bawa adik naik kapal terbang?". Sekarang baru mengerti. Tiket untuk naik kapal terbang tu bukan murah & lagipun, kalau nak naik ada kos yang lain. Mana lah mampu abah nak bawa aku jalan-jalan naik kapal terbang zaman tu. OK. Itu jer.






I'AM 
A WIFE 
A MOM
A STUDENT to-be
"May Allah grant our wishes"

Thursday, September 4, 2014

Raya di Hospital Taiping!?

Assalamualaikum.

Jumaat penuh BARAKAH. 22 Ogos 2014/ 26 Syawwal 1435H

Quick post - Hari ni kepulangan "Mangsa Nahas MH17" ke Malaysia. Oouchh. Sangat sayu. Al- Fatihah~


Sebagai yang seorang wanita yang tengah sarat (waaa tunggu hari nak bersalin ja lagi ni). Setiap hari adalah hari yang akan berligat otakku menjangkakan kelahiran permata sulung kami ni. Tajuk pun dah dapat agak. Entry kali ni mesti sad story. hmmm..

Al-kisahnya bermula......

Sepanjang mengandung, memang takda masalah langsung. Everything cun! BP, HB, gula, pergerakan baby...etc..etc..semua memang perfect. Masih ingat lagi doc cakap, OK SEMUANNYA OK. URI PUN KAT ATAS...bla..blaa..blaa..

Tahun ni beraya di Parit Buntar (Sebelah suami..Dia dah booking siap2 turn ni sejak awal2 nikah lagi). Tanggal 28 Ramadhan 1435H, aku & suami & kawan suami aku (tumpang sekali ke SELAMA, Perak) bertolak balik kampung (Parit Buntar) untuk menyambut Syawwal 1435H lebih kurang jam 3am.  Biasalah kalau dah namanya raya! Jam teruk walaupun baru pukul 4am.So, kami decide ikut jalan kampung sebab masa tu pun dah masuk SUBUH selepas sahur di tepi highway. Settle solat, baliklah ikut jalan kampung. Aku kat belakang dah macam ape tah. Terlambung sana.sini.Kejap baring kejap duduk. Memang tak selesa sebab perut dah besar (7bulan++) tapi aku ingat takda masalah sebab aku pun memang tengah penat sebab puasa & tak tidur2 pun. Lebih kurang jam 2pm sampailah kami ke Parit Buntar lepas hantar kawan suami ke Selama. Rehat & sempat lagi ke terawih malam tu...& akhirnya baru dapat rehat sepenuhnya. Dapat katil tilam empuk... ZzZzZZZ..

Esoknya...jengjengjeng...

Lepas sahur, rehat sekejap. Sementara tunggu sebakul baju kotor yang kami bawa dari Shah Alam siap dibasuh oleh mesin.Hahaha. Mesin separa auto. So faham2 jelakan. Best & bersih sebenarnya tapi kudrat sikitlah sebab nak pindahkan baju dari basuhan ke pengeringan. Dengan keadaan yang sarat, aku memang degil sikit, layankan aje angkat benda berat2 tu.. Bila siap spin...siap tarik sebakul baju lembab ke ampaian. Then sidaiiiii... Suami aku lena. Kesian aku nak kejutkan sebab mesti dia penat lagi. Lagipun, bukan kerja berat pun (Kata aku..).

Then terjengahlah si suami. Ohh dah bangun...so dia sambung sidaikan baju then ajak aku jenguk Atok (nenek kami) dirumah sebelah..Biasanya kalau kami balik kampung, memang suami akan ajak aku ke rumah Atok. Saje je jenguk Atok.

OK. KAMI PULANG DULU. Nantikannnnnnnnnnnn

Melangkah jeeee aku ke dalam rumah (masa ni nak ke dapur..hausss)..Ngam2 antara dapur dengan ruang tamu.... pluppllppp...Uikkk...terasa ada benda (ketulan lembut) keluar dari bawah sampai tangan aku terpaksa tahan sebab ianya sangat annoying!! Masuk terus toiletttt....apa lagiii.....

ABANGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kecoh 1 rumah. Berketul2 kau darah merah menyalaaaaa keluarr...Ada lagi darah cecair keluar dari bawah (memang macam drama tumpah darah kat tv tu..siap habis peha betis aku disimbahi darah). Suami aku punyalah cool dalam gelabah. Dia yang basuhkan semua sebab memang aku nak pitam dah tengok darah tu. Nasib baik tak sakit. SERIUS! Memang tak rasa sakit langsung. Blur sekejap time tu.

Sangat best bila di hospital, lepas semua dah periksa, dapat tahu yang mungkin uri aku turun/jatuh & kena ditahan wad. Masa memula tu, suami bawa aku ke Hospital Parit Buntar tapi disebabkan kes ni bahaya, teruslah ambulans melarikan aku ke Hospital Taiping.

Dipendekkan cerita......

Selama 1 minggu la aku menginap di Hospital Taiping kemudian minta AOR (At own risk) dari doc untuk pindah ke Hospital Serdang sebab kalau ikutkan aku kena warded sampai bersalin. Lagipun Abang dah mula masuk kerja balik. So, sambunglah percutian hangin aku di Hospital Serdang selama 2 minggu & bila repeat scan, doc kata uri aku dah naik ke type 1 mean aku ada harapan untuk bersalin secara normal & paling best aku boleh balik rehat dirumah! YES! Alhamdulillah!

Sebenarnya sampai ke saat ini, aku belum berkesempatan untuk beraya di kampung aku sendiri. Mak abah pun tak sempat ziarah. Sebaliknya diorang yang datang ziarah aku di hospital. Semasa entri ni di karang, aku dah masuk week 38th. Kalau di Taiping, dah kena C-sect dah ni. HeHeHe. Semoga dapat bersalin secara normal & selamat sihat semuanya. Sangat tidak sabar untuk menatap anak pertama kami ni. Bila?? Still waiting.....

You should read this for more informations: Placenta Previa

NEVER FORGET THIS SYAWWAL!
Kepada anakku, U must read this. U must know what happen to us on Syawwal 1435H!