Thursday, September 4, 2014

Raya di Hospital Taiping!?

Assalamualaikum.

Jumaat penuh BARAKAH. 22 Ogos 2014/ 26 Syawwal 1435H

Quick post - Hari ni kepulangan "Mangsa Nahas MH17" ke Malaysia. Oouchh. Sangat sayu. Al- Fatihah~


Sebagai yang seorang wanita yang tengah sarat (waaa tunggu hari nak bersalin ja lagi ni). Setiap hari adalah hari yang akan berligat otakku menjangkakan kelahiran permata sulung kami ni. Tajuk pun dah dapat agak. Entry kali ni mesti sad story. hmmm..

Al-kisahnya bermula......

Sepanjang mengandung, memang takda masalah langsung. Everything cun! BP, HB, gula, pergerakan baby...etc..etc..semua memang perfect. Masih ingat lagi doc cakap, OK SEMUANNYA OK. URI PUN KAT ATAS...bla..blaa..blaa..

Tahun ni beraya di Parit Buntar (Sebelah suami..Dia dah booking siap2 turn ni sejak awal2 nikah lagi). Tanggal 28 Ramadhan 1435H, aku & suami & kawan suami aku (tumpang sekali ke SELAMA, Perak) bertolak balik kampung (Parit Buntar) untuk menyambut Syawwal 1435H lebih kurang jam 3am.  Biasalah kalau dah namanya raya! Jam teruk walaupun baru pukul 4am.So, kami decide ikut jalan kampung sebab masa tu pun dah masuk SUBUH selepas sahur di tepi highway. Settle solat, baliklah ikut jalan kampung. Aku kat belakang dah macam ape tah. Terlambung sana.sini.Kejap baring kejap duduk. Memang tak selesa sebab perut dah besar (7bulan++) tapi aku ingat takda masalah sebab aku pun memang tengah penat sebab puasa & tak tidur2 pun. Lebih kurang jam 2pm sampailah kami ke Parit Buntar lepas hantar kawan suami ke Selama. Rehat & sempat lagi ke terawih malam tu...& akhirnya baru dapat rehat sepenuhnya. Dapat katil tilam empuk... ZzZzZZZ..

Esoknya...jengjengjeng...

Lepas sahur, rehat sekejap. Sementara tunggu sebakul baju kotor yang kami bawa dari Shah Alam siap dibasuh oleh mesin.Hahaha. Mesin separa auto. So faham2 jelakan. Best & bersih sebenarnya tapi kudrat sikitlah sebab nak pindahkan baju dari basuhan ke pengeringan. Dengan keadaan yang sarat, aku memang degil sikit, layankan aje angkat benda berat2 tu.. Bila siap spin...siap tarik sebakul baju lembab ke ampaian. Then sidaiiiii... Suami aku lena. Kesian aku nak kejutkan sebab mesti dia penat lagi. Lagipun, bukan kerja berat pun (Kata aku..).

Then terjengahlah si suami. Ohh dah bangun...so dia sambung sidaikan baju then ajak aku jenguk Atok (nenek kami) dirumah sebelah..Biasanya kalau kami balik kampung, memang suami akan ajak aku ke rumah Atok. Saje je jenguk Atok.

OK. KAMI PULANG DULU. Nantikannnnnnnnnnnn

Melangkah jeeee aku ke dalam rumah (masa ni nak ke dapur..hausss)..Ngam2 antara dapur dengan ruang tamu.... pluppllppp...Uikkk...terasa ada benda (ketulan lembut) keluar dari bawah sampai tangan aku terpaksa tahan sebab ianya sangat annoying!! Masuk terus toiletttt....apa lagiii.....

ABANGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kecoh 1 rumah. Berketul2 kau darah merah menyalaaaaa keluarr...Ada lagi darah cecair keluar dari bawah (memang macam drama tumpah darah kat tv tu..siap habis peha betis aku disimbahi darah). Suami aku punyalah cool dalam gelabah. Dia yang basuhkan semua sebab memang aku nak pitam dah tengok darah tu. Nasib baik tak sakit. SERIUS! Memang tak rasa sakit langsung. Blur sekejap time tu.

Sangat best bila di hospital, lepas semua dah periksa, dapat tahu yang mungkin uri aku turun/jatuh & kena ditahan wad. Masa memula tu, suami bawa aku ke Hospital Parit Buntar tapi disebabkan kes ni bahaya, teruslah ambulans melarikan aku ke Hospital Taiping.

Dipendekkan cerita......

Selama 1 minggu la aku menginap di Hospital Taiping kemudian minta AOR (At own risk) dari doc untuk pindah ke Hospital Serdang sebab kalau ikutkan aku kena warded sampai bersalin. Lagipun Abang dah mula masuk kerja balik. So, sambunglah percutian hangin aku di Hospital Serdang selama 2 minggu & bila repeat scan, doc kata uri aku dah naik ke type 1 mean aku ada harapan untuk bersalin secara normal & paling best aku boleh balik rehat dirumah! YES! Alhamdulillah!

Sebenarnya sampai ke saat ini, aku belum berkesempatan untuk beraya di kampung aku sendiri. Mak abah pun tak sempat ziarah. Sebaliknya diorang yang datang ziarah aku di hospital. Semasa entri ni di karang, aku dah masuk week 38th. Kalau di Taiping, dah kena C-sect dah ni. HeHeHe. Semoga dapat bersalin secara normal & selamat sihat semuanya. Sangat tidak sabar untuk menatap anak pertama kami ni. Bila?? Still waiting.....

You should read this for more informations: Placenta Previa

NEVER FORGET THIS SYAWWAL!
Kepada anakku, U must read this. U must know what happen to us on Syawwal 1435H!