Tuesday, September 9, 2014

Kata Orang Tentang Memasak & Mengemas

KALAU KAMU SUKA MEMASAK, BIASANYA KAMU TAK SUKA MENGEMAS
KALAU KAMU SUKA MENGEMAS, BIASANYA KAMU TAK SUKA MEMASAK 


Cakap-cakap orang ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri. Kebanyakkan pemerhatian yang aku lakukan akan membenarkan apa yang orang-orang ini cakapkan. Sejujurnya aku memang suka mengemas rumah & memang aku tak suka memasak. Nak mencuba resepi baru tu bukanlah sesuatu yang mengujakan tapi kalau diajak ke IKEA atau mana2 home deco mart, lain macam semangat tu datang. Bagi aku, aku lebih rela lapar dari tengok rumah bersepah. 

Bila aku datang rumah orang yang pandai memasak atau lebih tepat lagi, masakannya sedap, keadaan rumah mereka biasanya akan agak berselerak/ banyak barang/ apa-apa jela. Bagi aku tak ada masalah sebab aku berpegang pada prinsip di atas. To be honest, setakat hari ini, aku belum jumpa rumah yang kedua-dua kemahiran ni berada dalam keadaan seimbang. Rumah KEMAS. Rajin MASAK! Something interesting to research on. Mesti ada kaitan dengan psychology/mental matters kan..

Aku bukanlah nak kata yang mereka yang pandai masak/pandai kemas ni PEMALAS untuk bahagian yang satu lagi, cuma, kemahiran dan minat mereka lebih yang ke arah yang major. Sebagai contoh, mak aku sendiri. Mak agak pengemas orangnya dan aku rasa mak aku jenis suka mengemas. Tapi mak aku juga rajin & masak dengan sedapnya. Tapi aku dapat lihat, kalau memasak, dia perlukan effort yang sangat tinggi & rasa 'AKU KENA MASAK, KALAU TAK, SEMUA MATI KELAPARAN" yang tinggi di dalam jiwanya. Kalau bab mengemas, tak payah tunggu semangat halimunan datang, zazzzzz mak dah siap mengemas sejak Subuh.

Sama juga dengan orang-orang yang suka masak tapi rumah mereka juga masih kemas. Aku yakin, mereka juga berusaha gigih untuk push diri mereka untuk mengemas atas dasar ianya adalah satu benda yang PERLU dibuat walaupun bukan keinginan.  

Setiap hari, bila rumah dah siap dikemas, benda paling mencabar diri aku adalah memaksa diri untuk MEMASAK. Ianya adalah PERLU. Di usia bujang, aku jarang masak tapi rajin belajar masak dengan mak. Lepas kahwin, nak tak nak, kena masak. Iam struggling with this but memang betul kata orang, kepuasan memasak tu datang bila kita tengok orang yang makan masakan kita itu kenyang dan bahagia. Berat Abang naik since every day aku masak & jarang sekali makan di luar. Lepas ni, ada anak pulak. Lagilah bercambah idea aku untuk memasak walaupun aku tahu aku bukan suka tapi alangkah bagusnya bila kita sukakan orang yang kita suka. So, samada suka masak atau suka mengemas, belajarlah untuk seimbangkannya kerana keduanya adalah PERLU & Ianya adalah tanggungjawab bersama. 

IANYA SERONOK BILA KAMU MAMPU BUAT KEDUA-DUANYA DENGAN HATI YANG IKHLAS.