Monday, October 21, 2013

Awesome Web Tool

Assalamualaikum & Hi!

Fuhh.Minggu yang agak mencabar. Cadangnya nak uruskan dossier ( file dalam French) untuk submission next week last-last terpaksa diabaikan seketika untuk uruskan parent. Berkejar ke hospital jaga abah then balik rumah tengok mak demam panas plak. Alhamdulillah. Sekarang baru free. Duk tengah kalut kejar due date, teringat pesan member. Suruh je En.Google tolong.HAHAHA. So....

Kali ini saya nak share beberapa tool dari internet yang boleh digunakan secara SANGAT MUDAH & FREE untuk membantu anda!! Sebenarnya tool-tool ni saya dapat secara kebetulan dari info kawan-kawan atau secara tak sengaja terjumpa. HaHaHa. Layankan jela..Saya ni memang tak arif sangat hal-hal 'online' ni tapi sejak kawan saya bagi tips, terus jadi macam, Ya Allah...Mudahnya lah hidup orang sekarang kan. Semua dah ada kat internet ni...

TIP UTAMA dari kawan saya tu ialah....

Kalau kita tak tahu nak buat macam mana or tak tahu nak cari kat mana ke or apa2 jela yang kita tak tahu tapi sibuk nak tahu...TAIP JE KAT GOOGLE TU then SEARCH!! Mustahil Mr- Google tak tunjukkan result..hehe..

Contohnya... How to convert Illustrator to Jpeg File..How to eat sushi? How to kill mouse? How to gain weight? What is bla...bla..bla..? What "six flag" mean? What does it mean of " put your initial here"? DAN BERMACAM- MACAM SOALAN KITA BOLEH TANYA....Soalan bengap pun boleh!!! Diorang layannnnkan aja...

Tengah -tengah siapkan dossier tadi, terfikir, HOW TO COMBINE PDF FILES into one single PDF FILE?? Memang ada tool mudah iaitu Acrobat Reader tapi dalam PC AKU TAK DE! So..taip jela kat Mr. Google tu.... How to.....

1. HOW TO COMBINE PDF FILES INTO ONE SINGLE PDF FILE?

Gunakan ' PDF Binder'. Saya rasa ini kaedah paling amat senang! HeHeHe.

i. Klik :  PDF Binder
ii. Download

Klik dekat button ni :


iii. Lepas tu 'Run' & Finish kan installation.
iv. Anda dikira berjaya meng'install' bila dah dapat keluarkan tetingkap ni...


v. So bolehlah korang 'add file' yang korang nak combine kan tu.. then klik ' Bind!'.
vi. ANDA BERJAYA!! =D

Ok. Yang ini pulak adalah kaedah untuk hantar file yang berat-berat tanpa melalui email. Actually, saya tahu benda ni masa saya nak attach portfolio untuk hantar email for job application. Al- maklumlah, budak design ni memang hantar image + design bergiga2 bite.Hahaha.. So kalau hantar melalui email, alamatnya memang takkan KEJE LA KAU! So, untuk itu. My senior suggest guna.....

2. HOW TO SEND OVERLOAD FILE TO OTHER PERSON WITHOUT USING EMAIL?

Gunakan ' Sendspace'. Saya rasa send space ni pun ada limit.HaHaHa. Ko sebat ajela.

i. Klik: SendSpace
ii. Upload file yang beberat sangat tu...Hehe. Klik pada ' Browse'


iii. Then isikan nama penerima & pengirim. Then tekan 'Upload'.


iv. Penerima akan terus dapat email yang menyatakan anda telah hantar sesuatu file padanya. Sendspace akan bagi link untuk mendapatkan file tersebut. Pengirim pun akan dapat notification & link tu juga. So, kita bolehlah copy paste link tu pada email kita untuk di buka oleh penerima email kita tu nanti. (Aku rasa ada yang tak faham ayat aku ni.HaHaHa)

v. TAHNIAH. ANDA DAH BERJAYA! =D


OK. Buat masa ni, itu sahaja yang dapat dikongsikan. Nanti saya share beberapa awesome tool lagi k.
InsyaAllah. 
Assalamualaikum.

MAHU JADI ISTERI SOLEHAH =)

Tuesday, October 15, 2013

Wishes for my 26th Birthday

Now, officially, iam 26 years old.

Kebetulan tahun ni, Hari Raya Aidiladha 1434H jatuh pada 15 Oktober 2013. Hari aku dilahirkan pada 1987 dulu. 

Bermula seawal 9.30pm 14 Okt. 2013 dah dapat 1st wish. Kemain lagi laju nak wish. Then as usual, orang akan tunggu detik 00:00 15 Okt. 2013 untuk wish.
Ala....korang mesti biasa buat kan. Termasuk saya. Sampai pernah set alarm untuk wish that time. Sharp!

Ok.Kali ni saya nak kongsi beberapa wish yang agak lain & special (yang len jangan kecik hati taw..tak baik merajuk2)hehe..Ok let begin with this...

1. Wish Image (Over rajin taw)

Ni antara wish yang datang dari kengkawan yang over rajin buat wish guna image. Terharu sangatttt.
Hari tu teringin gak nak dapat wish berbentuk gambar by him. Sebab dia pandai lukis. aaaaaa. TAK DE PON. ='''(

Tak pelah...Takde rezeki..

Ex-classmate Unikl

Geng Anak Dara Kg Pisang * Ayu!
2. Wish by Mr. Google ( Dont know male/female..LOL)

Ok.Yang ni agak surprise. Tadi je baru tertengok benda ni..Terkozot den..En.Google wish birthday.LOL

3. Wishes from my lecturers (Oh ini so special..terharu!)
Actually saya sangat segan dengan lecturer.Tetiba dapat wish.Rasa semacam.Hehe

My English Lecturer! <3 Lovable Madam! 

My Deputy Dean. Sir yang sangat sempoi..feww

4. Wish berbahasa German..Ala...why not in French??
Puteri ni adalah junior saya & antara orang yang bertanggungjawab dalam penyatuan hati 2 jiwa.Hahahaha.Oppss..

Ni Arabic + German.Pun boleyyy

5. Wishes dari abang2.

Actually, saya tak close sangat dengan abang2 saya. Rasanya tahun ni baru diorang tahu 15/10 adalah hari jadi saya.hahaha...bagus jugak FB ni..Tapi xleh nak request hadiah sebab both tak beraya di kampung.
*Nampak tak nama bapak samo tu.hahaha

Yang ni memang close. Beza umur setahun ja. Dah macam geng rempit dah.haha

Yang ni clueless men..aku layan je dia ni...
6. Wish by cousin
Boleh pulak birthday saya sama dengan anak sulung dia. Hehe..Damia akan ikut gaya saya kah??InsyaAllah. Yang baik sila ambil.Yang buruk, PLEASE dont follow.

Kak Siti!

7. Wish terpanjang by ex-classmate.

Panjang kan...ni la paling panjang..paling pendek? HB je.hehe
OK.Setiap hari jadi kita, mesti kita tak jangka orang2 yang akan wish kita kan..Sama juga dengan saya. Ada yang saya tak kenal, tapi dia wish macam bertahun kenal. Ada wish yang saya tunggu tapi tak da plak wish. So moralnya, dont judge the book by it cover only. Judge la setelah anda kenal betul2.Tapi Rasulullah ajar, berbuatlah baik & jangan berbuat jahat walaupun pada orang yang khianat kita. * Macam tak da kena mengena.Hahaha..okla tu.. =D

Ok. Selebihnya adalah wishes2 di FB & Whatsapp! Hehe.. Tetua ni pun rasa mcm bebudak plak.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Masih sempat merasai umur 26 ni. Tapi masih banyak perlu diperbaiki. 
InsyaAllah. Sedang berusaha untuk terus istiqomah dalam mencari redha Allah. Moga Allah hadirkan insan2 yang akan mengingatkan saya kepada Nya. 

Dan...

SALAM AIDILADHA DARI KAMI,


MAHU JADI ANAK SOLEHAH!




Sunday, October 13, 2013

Detik waktu 15:10:13

HIDUP SEBUAH PERJALANAN

PERJALANAN ITU TELAH TERTULIS SEJAK DI LUHMAHFUZ LAGI.
SIAPA KITA MAHU MENIDAKNYA.

ADA YANG SENANG DARI KECIL
ADA YANG SENANG DIHUJUNG NYAWA
ADA YANG SENANG DIAWAL DAN AKHIR
ADA YANG....NAUZUBILLAH.

AKU?
HANYA ALLAH YANG TAHU.

TIKA KECIL.TIADA SIAPA YANG INGAT ZAMAN BAYINYA.
ZAMAN KANAK2NYA
MEMORI YANG AKU INGAT ADALAH SEJAK AKU BERUMUR 3 TAHUN.
DISITU MINDAKU MULA MEREKOD SEDIKIT DEMI SEDIKIT PENGERTIAN HIDUP INI

MENGINJAK DEWASA.
TAHUN DEMI TAHUN.
MELALUI PELBAGAI TINGKAT KEHIDUPAN.
WARNA NYA BUKAN CALANG-CALANG CORETAN.
KEKADANG IANYA PERIT TERASA
KEKADANG IANYA MANIS INDAH

SAAT MENULIS.
MENGIRA DETIK DATANGNYA HARI ITU.
HARI YANG MENJADIKAN AKU GENAP 26 TAHUN
YA!
26 TAHUN SEBAGAI HAMBA ALLAH
SEBAGAI UMAT RASULULLAH

BETUL?
BETULKAH AKU LAYAK MENGELARKAN DIRIKU SEPERTI ITU?
APA?
APA BUKTINYA?

ALLAH!
TERDUDUK. 
DIAM.
MANA?
MANA BUKTINYA?

ALLAH! ALLAH! ALLAH!

TANGISAN ITU TANDA SESAL.
TAPI?
TAPI ADAKAH IA MENGERAKKAN UNTUK BERHIJRAH?
HA?
HIJRAH?

HIJRAH ITU SESUATU YANG TIADA HENTI.
TERUS.
YA!
TERUS BERHIJRAH.
PERIT?
YA!
SYURGA ITU INDAH!
MANA MUNGKIN SEMUDAH ITU UNTUK MENDAMBAKAN SYURGA.

" APAKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MASUK KE SYURGA, PADAHAL BELUM DATANG KEPADAMU (CUBAAN) SEBAGAIMANA HALNYA ORANG TERDAHULU SEBELUM KAMU?...." [AL-BAKARAH: 214]

AKU?
AKU MERANCANG.
ALLAH JUGA MERANCANG.
PASTI LEBIH INDAH

KEDEWASAAN INI.
ERTI KEHIDUPAN ITU LEBIH PERLU MAKNA.
MAKIN KE TUA.
MAKIN KE RUNSING
MAKIN KEJAUHAN?
 JANGAN!
JANGAN!
JANGAN!
JANGAN KEJAUHAN DARI YANG MAHA ESA.
DEKAT!
MARILAH DEKAT!
YA!
ALLAH LEBIH DEKAT DARI DIRI KAMU SENDIRI.

PAKSIKAN HIDUPMU.
PAKSIKAN HIDUPMU UNTUK ALLAH
KAMU?
ADAKAH KAMU MEMILIHKU KERANA ALLAH?
YA?
TIDAK?
PASTIKAN YA!
KERANA AKU MEMILIHMU KERANA ALLAH!
PASTI!
KERANA AKU BAKAL BERNAUNG DIBAWAH KUASAMU
JIKA BUKAN ENGKAU YANG MEMBAWA KU KE SYURGA, SIAPA?
SIAPA?

MAK.
ABAH.
ABANG-ABANG.
MEREKA JUGA BAKAL KERUNSINGAN.
SIAPA YANG BAWA MEREKA KE SYURGA?
AKU?
AKU KAH?

BELUM TAHU.
TIDAK TAHU.
ALLAH SAHAJA YANG TAHU.

Sunday, October 6, 2013

~ Resepi: Sup Bubur Penjara~

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsi 1 rahsia!! jeng jeng jeng...

RESEPI RAHSIA SUP BUBUR PENJARA


Actually, saya ni pengemar sup. Terutamanya sup ubi kentang. So, sup ubi kentang adalah masakan pertama yang saya kuasai setelah mendapat izin mak untuk memasak tanpa pemerhatian dia.hehe

Asal usul bubur penjara ini adalah dari sup. Al kisahnya, 

Ada 1 hari tu (dirumah sewa), stok untuk buat sup je ada. So, memang tak da masalah nak masak sup. Tengah2 masak, perut dah lapar tahap dewa dewi dah ni. Lepas masak sup, mesti nak masak nasi. Dah 1 hal pulak nak tunggu beras jadi nasi kan....

SO,

Solusinya adalah.....tengah2 kentang tu nak empuk, ku curahkan saja beras ke dalam sup tu. hahaha..SONANG! DONE!

So, finally terhasillah SUP  BUBUR PENJARA ni..

WHY PANGGIL SUP BUBUR PENJARA?

Dipanggil secara tidak sengaja ketika menjamu seorang kawan sebab rupanya memang tak menyelerakan tapi alhamdulillah all my friend yang pernah rasa bubur ni, satisfied la dengan menu ni..*klu korang tipu, mean aku tipu pembaca jugak..haha..Start from that day, ianya dikenali sebagai SUP BUBUR PENJARA.

Resepi SUP BUBUR PENJARA:

1. Bawang putih + halia + ikan bilis ( Tumbuk)
2. Bunga cengkih + bunga lawang
3. Perencah sup Adabi (Serbuk taw bukan bujut)
4. Ubi kentang
5. Air
6. Beras yang dah dibilas.


Caranya:
1. Tumis bahan2 yang dah ditumbuk + bunga cengkih + bunga lawang + perencah sup
2. Bila dah naik bau, masukkan ubi kentang.
3. Gaulkan semua bahan2 yang ada dalam periuk tu dengan selumbernya.
4. Masukkan air + kacau
5. Bila air dah hampir mendidih, masukkan beras dan kecilkan api
6. Biarkan sampai beras masak & ubi kentang empuk. Tambah garam secukup rasa.

Gini lah rupanya bila dah siap.....


SEKIAN, ITU SAJA DARI DAPUR BERASAP!

Friday, October 4, 2013

~ Aku Dia, Kidal ~


Just for fun. Lillahita'ala. A message through cartoon. What is the diff. between doodle & cartoon? 
*Nantilah saya research. =P


and this is his page,
Let supports!

Black & White Cartoon
" Sekeping picture, Sejuta caption"

Tuesday, October 1, 2013

~Convocation 10th: Class Of 2013~

Masa untuk saya plak share moment2 indah masa bergraduasi tempoh hari. Sehari selepas konvo, news feed kat FB tu dah macam album konvo dah. Memasing excited share pix. So, beri laluan dulula..Now, my turn. Share sini jela eh.

So, setelah 4 tahun bersusah payah ngadap degree ni, 22 September 2013 hari tu, bergraduasilah kami sebagai " Class Of 2013". Kebetulan, one of my childhood friend pun konvo pada sesi yang sama dengan saya. Dapatla berkampungan dalam dewan sesama.HeHeHe.

Sehari sebelum konvo, biasanya akan ada rehersal. Masa rehersal ni lah nak jenjalan photoshoot reramai an. So inilah antara hasilnya pada hari rehersal.





Venue: PICC, Putrajaya. 
Date: 20 September 2013
Cameragirl : Saya or Akma (haha...)









Venue: Pullman Putrajaya.
Date: 20 September 2013
Cameragirl : Mira (Adik kepada kawan kepada kawan childhood saya)

Itu cerita semasa rehersal.
Now jom tengok pada hari kejadian iaitu pada Ahad 22 September 2013.

~SEBELUM NAIK STAGE~



My junior

Kak As! My Ex-housemate sama batch



~SELEPAS KELUAR DEWAN~

Que untuk ambil transcript

Satu2nya kawan perempuan saya dalam kelas.Syaidatul Akmal!!

Me & Zati

A few of them

The one yang always on my back. Thanks Mom!

my classmate...

oooh my beloved design lectuer! Madam Sha!

Dapat hadiah dari Mr. L.. Jenjalan sampai ke Shah Alam. Semata2 nak datang Butik LOLALOVELY SHOP ni ha...dalam wishlist kot.Malangnya tak sempat beli apa2.


Hampir membeli dress itu...hehe


Yeay! My dream come true!

An inspirations from him

Damn kiut dapat bunga..alahaiii sweetnye..ewww

the owner of lolalovely shop! ~ kak Nini
ITU SAHAJA MEMORIES YANG BOLEH DAN DIIZINKAN UNTUK DIKONGSIKAN
SEKIAN,
TERIMA KASIH