Thursday, July 18, 2013

Tips Hidup Sederhana Lagi Gembira

Ingin kekal tersenyum walaupun di landa pelbagai ujian? HeHe.Macam promote produk kecantikan plak. Well, ada beberapa perkara dalam hidup ini yang perlu diurus sebaik mungkin dalam mencapai kehidupan yang "Enjoy Lagi Bahagia".



Mana nak mula ek? Em...ok. Sebelum mencari kebahagiaan, kita mesti tahu apa makna bahagia bagi kita. Lain orang, lain definisi bahagianya. Contohnya, ada orang bahagia bila ditimbun jutaan ringgit. Ada orang bahagia hanya dengan melihat orang yang dia sayang, tersenyum. So sweet! Heh!. Sejujurnya, bagi saya kebahagiaan bermakna mencapai kepuasan hidup yang bermakna di dunia & akhirat tanpa mengalami kerugian & anda mampu bersyukur seadanya.

Yes. DUNIA & AKHIRAT. Secara tak langsung, hidup beramalkan agama yang benar sahaja mampu memberi kebahagiaan di dua alam yang sangat2 berbeza ini. Oleh itu, tips mudah,

Jangan tinggalkan Allah swt dalam kehidupan mu...
Dan....Bersyukurlah.

For more tips...
Base on apa yang saya amalkan dan yang saya lihat pada orang sekeliling:

1.Kesihatan


  • Jangan berlapar. Biar habis duit dek makan bukan pada benda mengarut. Melainkan berpuasa.
  • Dapatkan tidur yang "BEST" aka nyenyak. Kalau asyik terjaga je tu, adalah silapnya tu.
  • Jangan makan terlalu kerap mee segera. If kena makan jugak, minum air kosong banyak2 selepas makan mee segera (utk elakkan penyerapan makanan tak berkhasiat) & rebus mee tu dulu kemudian buang air rebusan itu.
  • Makan vitamin tambahan & supplement secara rutin
  • Keluarkan peluh tak kiralah apa cara.Paling senang mengemas rumah/jogging/berjoget sorang2.
  • Lepas Subuh, elakkan tidur tapi keluarlah tengok cahaya pagi tu.Nikmat wooo....
  • Lepas Asar, keluar dari rumah.Jangan memerap.Nikmatilah petang yang indah itu.


2.Intelektual/Islamic


  • Banyakkan membaca bahan berfaedah (Buku,blog,nasihat2 baik)
  • Hadiri apa-apa event/ceramah yang membolehkan kita jumpa orang baru.
  • Setiap pagi, azam untuk sebarkan sekurang2nya 1 ilmu untuk orang2 sekeliling.
  • Beli buku uji minda/ main rubic cube ke..yang mampu mengasah minda
  • Makan makanan sunnah contohnya kismis, susu kambing, kurma
  • Sentiasa baiki kelemahan tentang ilmu agama.Check kualiti solat,puasa,etc.
  • Sibukkan membaiki diri. Bukan sibuk baiki kesalahan orang.

3.Kehidupan/Sosial


  • Hargai orang yang ada disekeliling. Mak abah adik bradik saudara mara kawan2
  • Lebihnya senyum.Kurangkan berfikir benda yang tak mampu kita kawal/jangka
  • Banyakkan berdoa pada Allah untuk mendapat kehidupan yang bahagia.
  • Jadikan Allah sebagai tempat mengadu paling utama.
  • Jumpa kawan2. Makan sama2.Lakukan aktiviti sama2. Penuhi masa bersama
  • Apa yang datang dalam hidup, terima ia sebagai PELUANG.
  • Setiap yang kamu lakukan, mesti tahu KENAPA BUAT & UNTUK APA?
  • Jangan buat sesuatu semata-mata nak tiru orang.Buatlah sesuatu dengan RELA.
  • Jangan bandingkan hidup kamu dengan orang lain. Kita punya jalan hidup berbeza.
  • Sentiasa bersangka baik.


4.Pesonaliti


  • Tutup aurat sempurna. Bersederhana. Berfesyen ikut syariat. 
  • Jangan jadi badut!
  • Tahu kamu pakai untuk apa dan kenapa
  • Jangan mengikut gaya yang kamu tak mampu ikut.Lebih teruk lagi jika kamu jadi badut terulung.
  • Be YOURSELF!
  • Jaga kesihatan & penampilan luaran. Kita hidup di bumi.Bukan di bulan.So kita masih ada mata2 yang melihat & menilai. 

Selain itu...benda paling asas sebagai hamba Allah swt & orang Islam, kenalah JAGA SEJAGA-JAGANYA. SOLAT.PUASA.AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
Itu sudah pasti kena jaga,ok kawan2. Insya'Allah.


Saturday, July 13, 2013

Dari Abah Untuk Awak


Dahulu Abah berpesan,

Cincin dijari manis ini abah hadiahkan untuk kamu. Sebagai tanda, kamu masih lagi milik abah. Suatu hari nanti, ianya bakal digantikan dengan cincin pemberian suami kamu. Sebagai tanda kamu miliknya dan juga sebagai tanda berakhirlah kuasa abah pada kamu. 


Ya. Kini saat itu makin hampir. =')

Itulah hidup. Itulah takdir menjadi seorang anak perempuan. Bukan hanya saya tapi semua yang bergelar 'female' akan melaluinya andai diberi keizinan Pencipta.

Mungkin dia bukan Ustaz, yang mampu berceramah kepada dunia.
Mungkin dia bukan Hafiz, yang mampu hafal 30 juzuk Al-Quran.
Mungkin dia bukan imam besar, yang mengimamkan ratusan jemaah.
Mungkin dia bukan doktor, yang hebat menyandang jawatan merawat pesakit 
Mungkin dia bukan CIMB, MAYBANK, etc yang mampu beri wang kepada dunia.
Mungkin dia bukan Guru, yang mendidik ratusan pelajar sehari-harian
Mungkin dia bukan Pemimpin, yang mampu memimpin dunia

Tapi....

Dia bakal Ustaz yang akan memberi ceramah kepadaku dan anak2 saban ketika
Dia bakal Hafiz yang akan membacakan alunan ayat suci Al-quran sambil memandu barangkali.
Dia bakal imam yang mengimami solat kami selepas itu nanti.
Dia bakal doktor yang menjadi orang pertama menyambut kelahiran zuriat kami
Dia bakal 'banker dunia' kami yang menyalurkan nafkah zahir batin dari keringat tulang 4 keratnya
Dia bakal guru buat kami yang sentiasa mengajar kami erti hidup
Dia bakal pemimpin yang bakal memimpin kami sekeluarga menuju ke Jannah-Mu 


Dialah SUAMI. SUAMI yang kamu pilih untuk menjadi 'dia'.Dia jugalah bapa kepada anak2mu. Pilihlah sebaiknya. Pilihlah agama mendahului segalanya. Pasti kamu bahagia. Insya'Allah.



Nukilan, 
HajarIshak
>_< 










Monday, July 8, 2013

Pengalaman Sebagai Fasilitator

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Insya'Allah lusa, bulan Ramadhan 1434H bakal menjelma. Bermakna juga, Syaaban 1434H akan berakhir esok. Allahu.. Apakah persiapan kita meninggalkan Syaaban & menyambut Ramadhan? Tanyalah imanmu. HeHeHe..

Oklah saya nak berkongsi 1 program yang mengakhiri bulan Syaaban 1434H dengan penuh kenangan & terjalinnya ukhuwah baru.

Saya bakal jadi fasi selama 3hari bermula Jumaat 5 Julai 2013 sehingga Ahad untuk Program Kem Jati Diri Perdana. Ha...Lama dah tak masuk dunia sekolah ni. Lama jugak tak buat aktiviti 'outdoor'. Program akan berlangsung di KISAS, Klang, Selangor.

KISAS adalah sekolah berprestasi tinggi aka sekolah berasrama penuh (Aliran agama). Nama penuh KISAS adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah yang terletak di Bandar Klang. Sekolah ini melahirkan banyak tokoh2 agama di Malaysia. Antara yang popular adalah Al Fadil Dato' Harun Din.

Kami fasi seramai 12 orang diamanahkan mengadakan aktiviti bertemakan 'team building' kepada pelajar tingkatan 4 muslimin & muslimat.


Terlalu banyak perkara yang saya belajar dari program ni. Antaranya adalah kehidupan Islamic yg diterapkan dalam jiwa mereka sangat kuat. Bayangkan mereka akan berzikir secara automatik if ada masa terluang. Begitu juga apabila menjemput seseorang ke hadapan disambut dengan selawat. Masya'Allah. Amalan yang sangat2 bagus. Selain dari itu, saya belajar.Walaupun kita ini berada di kalangan orang hebat, jangan sesekali, meninggi diri. Tidak mungkin kita hidup aman bahagia.

Coretan ilmu yang sempat di catat:

1. Kelebihan Solat Sunat Dhuha - Selain asbab murahnya rezeki, ianya juga amalan untuk memperolehi "ILMU LADUNNI" iaitu ilmu kebolehan meramal masa depan.

2. Menuntutlah ILMU. Bukan semata-mata mencari PENGETAHUAN.

ILMU itu adalah sesuatu yang diperolehi yang menjadikan kita lebih dekat & kenal Allah swt. PENGETAHUAN itu adalah semata-mata fakta tanpa meningkatkan sedikitpun keimanan pada Allah swt.

3. Bawalah bersama PENA, KERTAS ke mana saja & MENULISlah.

Ini amalan kebanyakkan jutawan-jutawan. kerana setiap ilham yang datang tanpa diduga adalah datangnya dari Allah. Alangkah ruginya andai ianya berlalu tanpa dipasakkan diminda dengan kaedah mencatat.

4. Orang yang benar-benar hebat adalah orang yang  menerima ujian, dia akan bersyukur dan apabila menerima nikmat, dia akan berikan kepada orang lain juga.

5. Jadilah manusia yang BIJAK, PANDAI & BODOH.

BIJAK iaitu orang yang menggunakan pengalaman orang sebagai pengajaran dalam hidupnya. PANDAI iaitu orang yang menggunakan kelebihan dirinya untuk menjalani hidupnya. BODOH iaitu orang yang  merendahkan hatinya untuk menuntut ilmu walaupun telah memiliki ilmu yang tinggi.

wallahua'lam


 Sekitar program....

Last Day! Ukhuwah Fillah Abadan Abadan. KakJaa sayang kamu!
Game tutup2 mata.HeHe.

Kena denda.
A brief by Sifu Zull

Haaa..longgokkan beg.Kat sinilah padang yang kami akan tidur

Denda lagi..gasaklah dik oi

Again....


Majlis Penutup - Muslimin



Muslimat..Ha...tak reti den nak rotate pix ni..Gasaklah..

Antara fasi. Dari kiri Syuhada, Kak Ros dan saya!! =P

OK.SEKIAN TERIMA KASIH.
JUMPA LAGI!
>_<

Monday, July 1, 2013

What I Love to Watch!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dipanjang umur menjenguk blog pepagi ni. Di harap kalian sihat walafiat untuk meneruskan pencarian redha Allah swt.

Ok dah! Jom back to the topic.

Kali ni saya nak 'share' dua movie yang saya tengok semasa saya kecil2 dulu. Actually, movie ni  di tengok bersama arwah kakak yang setia menemani saya ketika itu sebab saya seorang yang tidak suka tengok TV sorang2..HeHeHe..





1st movie is.....
GILMORE GIRL


Ini sebenarnya series movie..saya sempat tengok dengan arwah dari season 1 -3 tak silap. Kemudian saya dah tak tengok sebab 1 - SEDIH sebab 2 - TAK DA SIAPA NAK TEMANKAN. ='(
Cerita ni sangat santai dan mengisahkan gadis comel Rory Gilmore tu yang remaja dengan kehidupannya bersama mak Lolerai Gilmore (Single Mother). Rory seorang yang genius dan disiplin. Masa ni saya berangan nak masuk SBP/Harvard/Wales.HeHe. Alhamdulillah. Sekarang bila keadaan dah OK, seorang sahabat saya telah menghadiahkan koleksi cerita ni dari Season 1 - 7. So sesiapa yang nak dapatkan koleksi cerita ni, bolehlah PM saya. Insya'Allah sama2 kita tengok.HeHeHe. Syukur. * Until now belum habis tengok lagi..Baru Season 3.


 2nd is....
JACK & JILL



 Cerita ni lebih kedewasaan sikit. Masa ini 'cinta2' monyet tu dah menularlah.Al maklumlah zaman remaja sangat! Nak2 ada akak. Tapi bagusnya ada akak sebab saya tak berkesempatan nak bercinta lebih2 zaman remaja. Syukur alhamdulillah. Sampai di cop sombong.HeHeHe. Cerita ini mengisahkan tentang persahabatan dikalangan 3 pasang kawan2 ni..Iam not sure which one yang doctor..yang tepi skali kanan is a ballet dancer tak silap. Si Jack yang berbaju hitam tu..and Jill yang paling 'Seksa' tu..

Dulu2 cerita ni takda subtitle, so akak saya bertindak sebagai penterjemah jugakla. Masa tu english saya tak berapa nak power. *sekarang pown...ngehngeh..em..rasanya itu jela perkongsian saya untuk kali ini. Insya'Allah akan menyusul cerita2 lain. Sekadar perkongsian. =)