Monday, July 8, 2013

Pengalaman Sebagai Fasilitator

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Insya'Allah lusa, bulan Ramadhan 1434H bakal menjelma. Bermakna juga, Syaaban 1434H akan berakhir esok. Allahu.. Apakah persiapan kita meninggalkan Syaaban & menyambut Ramadhan? Tanyalah imanmu. HeHeHe..

Oklah saya nak berkongsi 1 program yang mengakhiri bulan Syaaban 1434H dengan penuh kenangan & terjalinnya ukhuwah baru.

Saya bakal jadi fasi selama 3hari bermula Jumaat 5 Julai 2013 sehingga Ahad untuk Program Kem Jati Diri Perdana. Ha...Lama dah tak masuk dunia sekolah ni. Lama jugak tak buat aktiviti 'outdoor'. Program akan berlangsung di KISAS, Klang, Selangor.

KISAS adalah sekolah berprestasi tinggi aka sekolah berasrama penuh (Aliran agama). Nama penuh KISAS adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah yang terletak di Bandar Klang. Sekolah ini melahirkan banyak tokoh2 agama di Malaysia. Antara yang popular adalah Al Fadil Dato' Harun Din.

Kami fasi seramai 12 orang diamanahkan mengadakan aktiviti bertemakan 'team building' kepada pelajar tingkatan 4 muslimin & muslimat.


Terlalu banyak perkara yang saya belajar dari program ni. Antaranya adalah kehidupan Islamic yg diterapkan dalam jiwa mereka sangat kuat. Bayangkan mereka akan berzikir secara automatik if ada masa terluang. Begitu juga apabila menjemput seseorang ke hadapan disambut dengan selawat. Masya'Allah. Amalan yang sangat2 bagus. Selain dari itu, saya belajar.Walaupun kita ini berada di kalangan orang hebat, jangan sesekali, meninggi diri. Tidak mungkin kita hidup aman bahagia.

Coretan ilmu yang sempat di catat:

1. Kelebihan Solat Sunat Dhuha - Selain asbab murahnya rezeki, ianya juga amalan untuk memperolehi "ILMU LADUNNI" iaitu ilmu kebolehan meramal masa depan.

2. Menuntutlah ILMU. Bukan semata-mata mencari PENGETAHUAN.

ILMU itu adalah sesuatu yang diperolehi yang menjadikan kita lebih dekat & kenal Allah swt. PENGETAHUAN itu adalah semata-mata fakta tanpa meningkatkan sedikitpun keimanan pada Allah swt.

3. Bawalah bersama PENA, KERTAS ke mana saja & MENULISlah.

Ini amalan kebanyakkan jutawan-jutawan. kerana setiap ilham yang datang tanpa diduga adalah datangnya dari Allah. Alangkah ruginya andai ianya berlalu tanpa dipasakkan diminda dengan kaedah mencatat.

4. Orang yang benar-benar hebat adalah orang yang  menerima ujian, dia akan bersyukur dan apabila menerima nikmat, dia akan berikan kepada orang lain juga.

5. Jadilah manusia yang BIJAK, PANDAI & BODOH.

BIJAK iaitu orang yang menggunakan pengalaman orang sebagai pengajaran dalam hidupnya. PANDAI iaitu orang yang menggunakan kelebihan dirinya untuk menjalani hidupnya. BODOH iaitu orang yang  merendahkan hatinya untuk menuntut ilmu walaupun telah memiliki ilmu yang tinggi.

wallahua'lam


 Sekitar program....

Last Day! Ukhuwah Fillah Abadan Abadan. KakJaa sayang kamu!
Game tutup2 mata.HeHe.

Kena denda.
A brief by Sifu Zull

Haaa..longgokkan beg.Kat sinilah padang yang kami akan tidur

Denda lagi..gasaklah dik oi

Again....


Majlis Penutup - Muslimin



Muslimat..Ha...tak reti den nak rotate pix ni..Gasaklah..

Antara fasi. Dari kiri Syuhada, Kak Ros dan saya!! =P

OK.SEKIAN TERIMA KASIH.
JUMPA LAGI!
>_<