Thursday, July 18, 2013

Tips Hidup Sederhana Lagi Gembira

Ingin kekal tersenyum walaupun di landa pelbagai ujian? HeHe.Macam promote produk kecantikan plak. Well, ada beberapa perkara dalam hidup ini yang perlu diurus sebaik mungkin dalam mencapai kehidupan yang "Enjoy Lagi Bahagia".



Mana nak mula ek? Em...ok. Sebelum mencari kebahagiaan, kita mesti tahu apa makna bahagia bagi kita. Lain orang, lain definisi bahagianya. Contohnya, ada orang bahagia bila ditimbun jutaan ringgit. Ada orang bahagia hanya dengan melihat orang yang dia sayang, tersenyum. So sweet! Heh!. Sejujurnya, bagi saya kebahagiaan bermakna mencapai kepuasan hidup yang bermakna di dunia & akhirat tanpa mengalami kerugian & anda mampu bersyukur seadanya.

Yes. DUNIA & AKHIRAT. Secara tak langsung, hidup beramalkan agama yang benar sahaja mampu memberi kebahagiaan di dua alam yang sangat2 berbeza ini. Oleh itu, tips mudah,

Jangan tinggalkan Allah swt dalam kehidupan mu...
Dan....Bersyukurlah.

For more tips...
Base on apa yang saya amalkan dan yang saya lihat pada orang sekeliling:

1.Kesihatan


  • Jangan berlapar. Biar habis duit dek makan bukan pada benda mengarut. Melainkan berpuasa.
  • Dapatkan tidur yang "BEST" aka nyenyak. Kalau asyik terjaga je tu, adalah silapnya tu.
  • Jangan makan terlalu kerap mee segera. If kena makan jugak, minum air kosong banyak2 selepas makan mee segera (utk elakkan penyerapan makanan tak berkhasiat) & rebus mee tu dulu kemudian buang air rebusan itu.
  • Makan vitamin tambahan & supplement secara rutin
  • Keluarkan peluh tak kiralah apa cara.Paling senang mengemas rumah/jogging/berjoget sorang2.
  • Lepas Subuh, elakkan tidur tapi keluarlah tengok cahaya pagi tu.Nikmat wooo....
  • Lepas Asar, keluar dari rumah.Jangan memerap.Nikmatilah petang yang indah itu.


2.Intelektual/Islamic


  • Banyakkan membaca bahan berfaedah (Buku,blog,nasihat2 baik)
  • Hadiri apa-apa event/ceramah yang membolehkan kita jumpa orang baru.
  • Setiap pagi, azam untuk sebarkan sekurang2nya 1 ilmu untuk orang2 sekeliling.
  • Beli buku uji minda/ main rubic cube ke..yang mampu mengasah minda
  • Makan makanan sunnah contohnya kismis, susu kambing, kurma
  • Sentiasa baiki kelemahan tentang ilmu agama.Check kualiti solat,puasa,etc.
  • Sibukkan membaiki diri. Bukan sibuk baiki kesalahan orang.

3.Kehidupan/Sosial


  • Hargai orang yang ada disekeliling. Mak abah adik bradik saudara mara kawan2
  • Lebihnya senyum.Kurangkan berfikir benda yang tak mampu kita kawal/jangka
  • Banyakkan berdoa pada Allah untuk mendapat kehidupan yang bahagia.
  • Jadikan Allah sebagai tempat mengadu paling utama.
  • Jumpa kawan2. Makan sama2.Lakukan aktiviti sama2. Penuhi masa bersama
  • Apa yang datang dalam hidup, terima ia sebagai PELUANG.
  • Setiap yang kamu lakukan, mesti tahu KENAPA BUAT & UNTUK APA?
  • Jangan buat sesuatu semata-mata nak tiru orang.Buatlah sesuatu dengan RELA.
  • Jangan bandingkan hidup kamu dengan orang lain. Kita punya jalan hidup berbeza.
  • Sentiasa bersangka baik.


4.Pesonaliti


  • Tutup aurat sempurna. Bersederhana. Berfesyen ikut syariat. 
  • Jangan jadi badut!
  • Tahu kamu pakai untuk apa dan kenapa
  • Jangan mengikut gaya yang kamu tak mampu ikut.Lebih teruk lagi jika kamu jadi badut terulung.
  • Be YOURSELF!
  • Jaga kesihatan & penampilan luaran. Kita hidup di bumi.Bukan di bulan.So kita masih ada mata2 yang melihat & menilai. 

Selain itu...benda paling asas sebagai hamba Allah swt & orang Islam, kenalah JAGA SEJAGA-JAGANYA. SOLAT.PUASA.AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
Itu sudah pasti kena jaga,ok kawan2. Insya'Allah.