Thursday, October 4, 2012

My 1st Meet: Ust. Don Daniyal

Assalamualaikum.

Di harap kalian semua sihat semuanya. Entry kali ini saya nak bercerita tentang "individu" yang sudah terkenal. Ya, dia yang saya maksudkan adalah DON DANIYAL DON BIYAJID..
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Biodata Beliau (Kalau salah, assif ya ustaz):
Nama penuh: Don Daniyal Bin Don Biyajid
Tarikh Lahir : 14 November 1984
Tempat Lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Status: Berkahwin
Kerjaya: Lecturer di KUIS/Pendakwah bebas

"Dia memang Hebat" itulah ungkapan yang mampu saya katakan setelah menghadiri ceramah beliau di UniKL MIAT pada Ahad lalu (30 September 2012). Actually, inilah kali pertama saya melihat beliau secara live..Nerves jangan ceritalah. Excited sangat. Walaupun gelombang beliau sebenarnya dah lama tapi cuma saya sahaja yang lambat nak catch up story dia. Sebab? Di rumah saya tidak ada Astro sebab mak abah saya bukan "penonton tv" tegar. Mereka yang stopkan perkhidmatan Astro setelah kami semua adik beradik berhijrah ke luar untuk belajar/kerja/kawin dsb. So mak abah tidak memerlukannya. Bila cuti, terpaksalah tengok channel free tu ja..ooppsss...Ni dah menyimpang ni....

TAPI..beginilah cara dakwah yang disampikan oleh Ustaz Don. Bukan menyimpang yang saya maksudkan tapi beliau akan bercerita berkait2 dengan yang tunjang (cerita asal). Meh saya share pengalaman di MIAT.

Around 9pm, ceramah bermula dengan bacaan Surah Al Furqan oleh pelajar dari MIAT dan persembahan nasyid. Disusuli dengan ceramah beliau. KAGUM! Almost 3jam dengar ceramah. Bersemangat & 1 benda yang saya berniat ketika itu adalah: Moga Allah temukan saya dengan lelaki seperti ini yang tahu agama & memahami naluri manusia. He is soft men & understanding.

Antara ilmu/info yang saya dapat catat haritu:

-Yayasan RESTU ada buat "replika rumah nabi" di Shah Alam bersebelahan masjid negeri.

- Cerita Sa'labah (sahabat nabi): yang meninggal dunia akibat menangisi kesalahannya sehingga kering badannya dan beliau meninggal dunia di atas ribaan Rasulullah & digambarkan bersesak2 malaikat ingin mengiringi jenazahnya. Sa'labah ini pemuda yang terlihat wanita sedang mandi ketika beliau sedang lalu dihadapan rumah wanita itu. Rumah orang arab kan pintunya guna tabir sahaja. Itu sahaja perkara yang menyebabkan Sa'labah menangis ketakutan sehingga meninggal dunia. Subhanaallah. KITA??BAGAIMANA?

-Allah akan turunkan ayat al quran if ada apa2 perkara yang jadi pada sahabat2 baginda. Tu sebab Sa'labah takut. Takut nanti Allah turunkan ayat pada Rasululllah tentang apa yang Sa'labah tengok sampai nanti mengaibkan Rasulullah dan akhirnya dibenci/dihukum.

- Ada 1 kisah, datang seorang sahabat nabi (xsure nama dia) mengaku dia sudah berzina. Lantas Nabi bangun dan memalingkan mukanya. Para sahabat yang lain tahu, baginda sedang marah. Diulangi pengakuan itu. Baginda palingkan muka sampai 1 ketika Nabi berkata: Pergi dari sini. Sahabat tadi berlalu dan menangisi kesalahan nya dan bertaubat. Lalu turun ayat dari Allah menyatakan taubat lelaki itu diterima. 
Nak tahu kenapa Rasulullah memalingkan muka dan tidak melayannya?? 1. Sebab kalau kita marah, jangan mengadap muka orang yang kita marah tu, nanti syaitan akan hasut lagi. 2. sebab baginda tidak mahu kalau baginda mengiakan pengakuan sahabatnya itu, hukuman rejam/bunuh perlu dilaksanakan sedangkan baginda tidak sanggup melakukan perkara itu. Nabi kan seorang yang penyayang & pengasih. Ya Allah..Rahmatilah Rasulullah..

- Kisah Saidina Abu Bakar dimaki bertubi2. Pada mulanya Abu Bakar tenang dan terima dengan tenang sampai Rasulullah senyum pada Abu Bakar. Tapi Abu Bakar tidak sabar lalu berkata pada si maki: Kamu diam!!..Lalu Rasulullah berlalu meninggalkan Abu Bakar. Kenapa ya?? ha....Baginda berkata: Ketika Abu Bakar tenang tidak melawan, malaikat ada dibelakang dia membalas balik makian itu. tetapi setelah Abu Bakar berkata: KAU DIAM, malaikat berlalu dan datang pula syaitan menghasut. Sesungguhnya Rasulullah tidak suka duduk dekat dengan syaitan.

- Para nabi wajib solat tahajjud sedangkan orang biasa sunat sahaja.

- Nabi marah kalau kita "MELAMPAU"

- Pengang Al-quran + hadith sampai bila2...

- Amalkan Al-quran sebab dipenghujung hidup kita nanti Al-quran juga yang akan iringi jenazah kita (Bacaam Yasiin oleh orang2 yang masih hidup)

- Sekali hati terbuka untuk berhijrah/berbuat baik Jangan biarkan ianya tertutup. Once tertutup, amat payah untuk terbuka kembali..

- Kalau betul mak ayah kita yang menjadi penyebab kita rosak sekarang, adalah kita sebagai anak yang berakal ingin mengulagi kesalahan mereka???

- Amalkan Al-Waqiah setiap pagi, Al-Mulk sebelum tidur, Yasiin malam Jumaat, Al Kahfi hari Jumaat.

- Untuk lembutkan hati seseorang, baca Surah Taha Ayat 1-5.

- Suara jadi aurat bila dilenggok/dimerdukan. 

- Sebarkan salam. Salam sangat kuat pengaruhnya.Sebarkanlah salam, insyaAllah kasih sayang akan tersebar.
" Duduklah kamu selamanya di neraka selagi kamu tidak beriman. Kamu tidak akan beriman selama mana kamu tidak berkasih sayang. Bagaimana cara hendak berkasih sayang?? Sebarkan salam."pesan Rasulullah...Perempuan/lelaki boleh bagi salam pada bukan mahramnya TETAPI dengan nada yang BIASA.Bukan dilembutkan/memikat. 

- 3 perkara yang perlu diSEGERAKAN 
# Solat setelah masuk waktu
# Jenazah dikebumikan
#Kahwinkan anak bila sudah ada calon yang sesuai.

- "Orang yang berkahwin, Allah lah yang mencukupi mereka" So jangan risau kalau kahwin muda. Janji Allah benar. Boleh rujuk Al-quran.

Khitbah-tempoh berkenalan antara lelaki & perempuan yang berhajat untuk berkahwin. Kerengangan suami isteri adalah disebabkan tidak solat berjemaah + rumah tidak ada azan.

- Bercinta itu boleh TAPI Jagalah hubungan dengan Allah dan perbatasan antara bukan mahram. Jaga aurat.

Ini adalah antara yang dapat saya coretkan dari ceramah Ustaz Don tempoh hari. Kalau kita lihat, penyampaiannya semua tentang isu semasa dan setiap patah ayatnya adalah ilmu2 berguna untuk pemuda macam kita sekarang rite?saya kagumi beliau juga sebab beliau juga seperti kita. Zaman kanak2 yang nakal. Zaman remaja yang gila2...tetapi bila sampai dewasa /pemuda, beliau menyerlah kepada seorang pemimpin. Ya Allah..!!!Speechless. Zaman muda adalah zaman paling penting untuk kita. Zaman inilah yang Allah paling tekankan. Saya sebagai muslimah berharap, lebih ramai lagi pemuda diluar sana mencontohi pemimpin/ lelaki seperti Ustaz Don ini. Dia juga bergaya + tidak kolot dari fesyen + layan jugak lagu rock dsb..itu normal sebab itulah fitrah manusia. tetapi ingat pesan Rasulullah: JANGAN MELAMPAU!!


Kacak + Beriman!! Premium Package!!


 Disini ana share beberapa foto sekitar majlis (Sorry pix Ust Don xda sbb berasak2 di pentas..mana mungkin Muslimah mcm saya boleh melepasi mereka yang bukan mahram saya)
Lepas Isya : 5minit semua ni dah penuh dengan muslimah



Di harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian yang membaca. Semoga saya dapat menghadiri lagi ceramah2 seperti ini dan yang pastinya oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Assalamualaikum. 
wallahua'alam..



Saturday, September 29, 2012

Met The World Class Designer

Assalamualaikum. Selamat Pagi (Now 11.43am)! Semoga kalian semua sihat iman, sihat hati dan sihat jasmani.

Entry pagi ini dimulakan dengan sharing about "World Class Designer". Isnin lalu saya dan rakan2 IDE yang lain (10 of us) di invite oleh lecturer kami untuk attend 1 conference di KLCC.

A little bit brief about this event. Event ini di anjurkan oleh Design Development Centre (DDEC) bertajuk " Design Exchange". Event ini berlangsung dua hari iaitu pada 24 - 25 September 2012 di KLCC.
Official Website
http://www.dds2012.com.my/home.html

Klu ikut jadual sebenar ada 10 orang designer tapi on Monday kami berkesempatan berjumpa dengan 7 orang sahaja dan 3 adalah dari Malaysia.

Antaranya (Boleh view image mereka kat link/speaker) :

1. Giorgo Lavelli ( Italy) - Product Design
2. Emanuele De Dominicis ( Italy) - Architecture
3. Masayuki Yoshida (Japan) - Product Design
4. Shukor Yahya (Malaysia) - Fine Art
5. Nishiyama Kohei ( Japan) - Product Design
6. Azlan Othman (Malaysia) - Automotive
7. Serina Hijjaz (Malaysia) - Architecture

Mereka ini semua sangat professional dan lawak habis..Atas stage asik bergurau. Paling lawak Emanuele tu..He so funny. Muka dia ada iras2 Mr.Bean..tengok betol3..hehe..Seharian kat sana sangat berbaloi dan antara kata2 peransang yang dapat dari mereka untuk aspek design antaranya:


"...Simplicity in design..."Giorgo Lavelli.

"...design is hard. For the young designer, study...study...study...& work hard..." Emanuele De Dominicis

"...That is enough is better than that is good..." Masayuki Yoshida.

"...To be more grateful, look people below us...Fire is near,bro.."Shukor Yahya.

"...To change mentality of human, you need to be a leader to them or consult their leader..."Nishiyama Kohei

"...Not designing a product, but also their brain..."Azlan Othman.

"...Sustainability is essential..."Serina Hijjaz.

Ok..Kat sini saya nak berkongsi beberapa pix yang sempat di rakam sewaktu conference berlangsung.


End of Conference (Assif Pix tak jelas)


The Speakers (This time mereke bergurau)

My classmate





GoodieBag yang ada pendrive 4G!


Kesimpulannya, sangat bertuah dapat berjumpa mereka semua. I am inspired by them. Berdoa agar dapat keluar negara mencari pengalaman di negara orang pulak. Sekian entry kali ini. Semoga enjoy membacanya btw thanks so much dear reader! <3













Friday, September 28, 2012

Officially, You May Call Me, KaKak Senior!


Yes.Officially I am a final year student (Year 4th). Actually, I still have another semester (Internship). Well..Dah bulan September.Should be, saya post benda ni early July hari tu..Xpe..Xpe..still not too late *ea..tak lewat...Alhamdulillah..perjalanan study baik & lancar walaupun kekurangan tidur makan enjoy dan sebagainya. But itulah hiburan saya dalam usia 25 tahun ini. Yes! I do not go for movie, not watching TV, do not play any game..etc..I dont know why. Mereka kata saya "NERD"...hah!Totally tidakk...I am a rules breaker too..But bila benda penting, I am serious. XD

Last semester, saya mula buat FYP  (Final Year Project). Di UniKL, FYP terbahagi kepada 2 part. Part 1 & 2..Kebiasaanya part 1 hanya melibatkan research manakala part 2 untuk implementation. My FYP 1 status: Good! Jenuh jugak nak melilau mencari bahan research...fiiuhhhh
Report Proposal 


Anywere, semoga  FYP akan berjalan lancar.Status sekarang adalah: menyiapkan poster untuk presentation poster minggu depan on 3 October 2012. 3D rendering in progress. Later kene start buat model plak..But..Alhamdulillah.My team mate sangat memberi komitmen.Syukran Jazzilan to Daniel & Lutfi..

Wishing all the best to all my clasmate & my batch yang akan graduate in July 2013.InsyaAllah =)

Sunday, April 1, 2012

Finally: I have my own space!




Assalamualaikum....

hmmmm....menarik nafas lega bila dapat space yg BESAR...
Tahun lepas duduk serumah 5org..so semua share la kan..tapi its ok je...cume berasak ckit la time nak tdo n wat homework...
Jom tengok perbezaan rumah lama n baru...

Ruang study rumah lama
Kasi intro rumah ckit. Address: B-11-10 Apartment Cendana, Bandar Seri Permaisuri. Rumah ni jenis apartment 3 bilik.Bilik saya ni share dua.Sama jugak dengan masterbed room. Cuma smallest room tu duduk sorang. Ada dapur tapi kami xpenah masak sebab sgt sempit and bahaya kalau nak msak. MONTHLY RENT?RM?haa..RM700/5 so seorang RM140 tak masuk api air taw..

Itu adalah pix work space saya kat rumah sewa lama..sebelah kanan meja ni adalah meja wafaa (meja sekolah)...so kite org kecik..duk ats lantai aje..die kerusi empuk..lol..semua letak ats meja..smpai nak tulis pun beralaskan angin...haha..klu kat cni, 24jamla duduk kat meja jepun ni..klu malas trus je baring ke belakang...(penat bahu & pinggang duk bersila)..dan.....klu dah baring tu..sah2lah lolap!hahahaha...owes jadi cmtu...=D.

Ok let see rumah sewa 2nd.Intro ckit: Address: Block D3, Flat Pandan Jaya. 3 bilik jugak tapi semua duduk privately. Actually ni master bedroom..kebas gakla nak membayar sewa bulan die..RM220! (T_T) tp condition bilik ni agak ok sbb baru di cat..kaler pink..*same cam bilik kat kg..lantai version parquet lame..*de yg tertanggal smpi pnh tercmpak...lol...

Katil di provide!Best sbb xyah tdo atas lantai lagi
Kat dinding tu homework utk klas studio I dlu..so dari buang,bek simpan kan..yg board itam tu sbnrnye inspiration board..saya tulis semua azam, nasihat n pape jela yg sy suka..every morning bila bace..bersemangat jer...em...t kite kasi zoom ckit k....
Tadaaaa...inilah work space saya sekarang..ade tmbahan meja..(nila meja wafaa dlu..die bg pinjam sbb dia dah x guna)...so saya ada ruang yang luasssss utk wat keje...klu online g ats meja..klu wat mecha/culculation/sketch g meja jepun...sgt selesa...syukur alhamdulillah..=)

Dengan adenye "privacy" ni...hopefully dpt jugak generate more powerful idea for my future...walaupun terpaksa duk sorang dlm bilik seluas ini..sy tetap bersemangat setiap pagi untuk melangkah ke campus dengan niat membina kejayaan dan membuatkan dunia bahagia...

Wahhh..bersemangatnyewww aku!

ok w'ssalam



Saturday, March 24, 2012

FYP: Final Year Project Part 1

Title FYP (Final Year Project): MULTICULTURAL KINETIC SCULPTURE
My FYP progress...huhu...Paste it the wall so I can see it clearly...the most important part is "THE PRESENTATION DAY"...a week to go...haiyaa....nerves sangat...Em...well to my team member...

Daniel
Lutfi

Triple our job k...Nak hadiahkan sculpture ni untuk IPROM...lol...tolongla make it possible...Mencabar jugak tajuk ni sebab banyak sgt kene review..mcm2 aspek..nasib ade orang cipta "SCOPE"..so lehla limitkan scope of study...semalam baru ja habis ciapkan 3 main chapter (Intro, Literature Review and Methodology) so today..boleh lega ckit...jap g kene settle drawing concept ckit..bla...bla..bla.....btw..im enjoy doing this research actually sebab cam best plak gabungkan industrial design dgn fine art..to make it different, we as a designer student...approach cara dak IDE la...walla...byk eh kojo!!!Tapi xpe...have a try...

GOOD LUCK TEAM MEMBERS DANIEL & LUTFI!!!!

Selamat Tinggal Cendana Apart. 2011

Tongkang Pecah!!Inilah keadaan last day before kami keluar dari rumah sewa 1st kami ini.Actually gambar2 ni menunjukkan barang2 saya n kak As sahaja..tidak termasuk barang2 3org lagi (Ejam, Wafaa n Ezy) sebab diorang dah punggah semalam..so yg tinggal ni sume barang untuk dua orang...Hahahaha...jangan terkejut ea..kami berdua mmg banyak barang...xtaw kenapa jadi byk...tp paling banyak adalah Kak As...lol....
Em...sofa tu bukan kami punye..tu owner rumah punye...rumah ni kami diami selama setahun lebih..dengan sewa bulan RM700...agak mahal tp disebabkan condition mah ni mcm rumah baru (sebab cat + tile baru+furniture)....kami amikla jugak..xla beban pun sbb kami duduk 5 org..cuma jauh skit dari campus kami...rumah ni tingkat 11..orang kata tingkat 13 ade hantu..biaselakan...tp selama kami duk cni mmg mcm2 perkara aneh berlaku...antaranya:-

  • Baju saya + kak As kene curi dari ampaian dpn rumah(Bukan hantu kot..)
  • Kasut saya sebelah hilang sedangkan kasut tu xtercapai pun dari lua..(haaa.....)
  • Ade pasu bunga mati (ni sgt pelik sbb pasu tu besar..mustahil leh masuk lubang grill tu)
  • Kak As, Ejam n Wafaa penah "terganggu" oleh bayangan org (lain2 waktu..midnite)
  • Selalu dengar orang seret tong gas kat rumah atas & guli jatuh ats lantai..
  • Ade roti sekeping kat celah gril antara gril & pintu utama (xtaw camne leh ke situ roti tu)
  • Perabot tersusun sendiri (time ni wafaa g toilet..bile nak duduk lik kat meja tu..area tu dah "dikemaskan"...
Kejadian ni sangat pelik tapi kami semua sgt tabah & bz smpai xde ms nak fikir lebih lanjut..everything fine..syukur alhamdulillah....so now...semua ni hanya tinggal kenangan buat kami semua..rindu plak dgn suasana kat rumah tu..rumah yg sgttttt bising sbb kami sume suke buat karaoke larut malam..hahahaha...mane hantu xmarah...kikiki

Wednesday, November 9, 2011

:: Adab Rasulullah Saw ::

Saya cuba amalkan sebanyak mungkin adab ini...Moga terbersih zahir & batinku...
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W
~ Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
~ Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya .
~ Sangat elok dan sempurna wajahnya.
~ Baginda memilik perasaan yang halus.
~ Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
~Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.
~ Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
~ Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
~ Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain.
~ Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
~ Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
~ Suka membalas hadiah.
~ Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
~ Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
~ Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
~ Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
~ Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
~ Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
~ Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
~ Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .
~ Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
~ Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.

Kucingku + Habit Mereka

Saya seorang yang sangat sukakan kucing. Actually, bulu kucing bila  diusap akan mengurangkan tekanan bila penat bekerja ke..sedih ke..happy ke..Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah kan..Ini adalah antara kucing2 saya yang ada di kampung. Ini adalah generasi 1 (G1)..Untuk pengetahuan semua, mereka ini  ada habit/tabiat yang sangat lucu. Kalau kamu penah tengok di YOUTOUBE ttg seekor kucing di JAPAN bernama MARU. Anda tau kan perangai MARU yang suke lompat dlm kotak n masuk bawa sofa..same goes to all my cat..Jom take a look kat beberapa pix yg saya sempat collect since mereka berpindah dari KL ke kampung dulu.
Ini Acha: Jantan : Baldi tu ada air actually.
Acha + Mummy: Ni bekas kayu untuk mummy beranak
yet another pose

Mummy (Atas), Mokmok (Bawah)
Ini memang rutin diorang...suka sangat duk dlm baldi..terutama Acha...nasib2la klu dalam baldi tu ade air..mmg melompatla jawabnye...kikiki...die lagi feel klu saya angkat baldi tu dan bawa die jalan2...haha..so adorablela U ni...em..yang si Mummy and MoMOK tu dah ade port kat rak buku aku..konon rumah apartmentla tu eh...haha...kotak pink ni plak memang khas untuk diorang...mmg comel bila 3 ekor join tido sama2 dalam 1 kotak...dahla masing2 gemok!!!kikiki..sungguhla hai kucing2 nih.. =).Mokmok tu sebijik macam MARU.Cume muka mokmok xpenyek mcm MARU dan MARU adalah betina. MokMok ni jantan.
Mokmok + Yellow Box hakmilik dia

(=_=)

Tenten + Yenyen
 Yang ini adalah generasi kedua (G2): Anak sulung mummy. Both adalah boy.
Cuba tengok betol2 pix ni..Perasan tak mokmok pose mcm ne? (X_X)


Titit: Dia dah mati tahun awal tahun hari tu.(Dia xde kaitan dengan G1)

Paperbeg pun boleyy

Sekian sahaja sharing sessions about my cats. Menyimpan hasrat untuk memilik lebih banyak kucing dan rumah untuk mereka..Moga Allah perkenankan.AAMMIIN.

Wednesday, June 22, 2011

Holiday Di Port Dickson

Assalamualaikum. Saya hidangkan pix time holiday hari tu dlu k..Later I cerita..hehehe..

My mom + cucu (Adrian Naufal)
Taken waktu petang: Baru sampai trus teruja.
Penat tapi nak gak jalan2 petang tu..

Nampak tak banglo mewah tgh laut tu..awesome kan..
Ok.Bismillah memulakan cerita.The last time I went for holiday was on 2006 xsilap...wow...such a long time...that time we went to Pangkor Island. Having our family vacation...Em....tula..pegi dat time pun sebab nak attend tamat latihan my bro kat Kolej Tentera Udara Ipoh...alang2..berholidaylah kami...

Now...setelah 2011...baru saya berpeluang lg nak g..sebab sebelum ni saya xdapat join sebab diorang memang sengaja pegi time saya ade klas...sengal betol.hahaha....tu pun sebab abg saya kawin dengan org kedah...so berjalanla ke Langkawi...family saya ni memang ginila...nak harap pg holiday semata2..memang xla...nak tunggu ade hal, baru nak g..kire KES ALANG-ALANG la nih...(bak kate orang neghori)...hahah

So last week on Wednesday, saya dengan berat hati terpkase ponteng klas...klu x memang saya xdptla join..haha...sebab konsep percutian kami adalah WEEKDAY + PRIVACY..hahaha...tp seronok gakla...dapat relak sbb time ni sepatutnye holiday kan..saya g gatal2 amik short sem sapa suruh...kan dah xleh bercuti sakan...

so on 5pm check in kat Regency Hotel...lepas tu trus trun jln2 tepi pantai...amboi syiokkk habiss.tp still jual mahal..xnak main air..on nite xda ape yg bes sebb sume pun penat..mak pun penat drive dr kampung sorang...kami dtg dr KL...eh lupa lak...holiday kami kat port dickson ja...xjauh pun dr mah...heheh...save budget woo...

the next morning...memang saya tunggu time subuh n time sunrise...bila lg nk tgk keindahan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa ni kan...memang indah...kebetulan cuaca sepanjang kami holiday tu memang best gila...redup smpai tengah hari...best2...tp masih lg jual mahal...kami kene kua g seremban...g makan...actually nak hantar saya lik KL sbb saya ade klas on friday tp last minit kene hasut..trus ponteng..hahahahaha.....last2 kami bershopping ja kat JUSCO SEREMBAN 2 tu...gasakla korang...so ptg tu berholiday kat JUSCO jela...later lik PD...mlm g funfair..teman anak buah plak...duk ghalit sgt nak g sane...dah kate bercuti..ikotkan aje kehendak mereka...kkiki...atleast ade gak keje mlm tu...then time to SLEEEEPP...

Esoknye baru saya nekad utk terjun laut...mak saya pun join skali...bila dah terjun memang xigt nak naik darat....berendamla smpai ke tengahari...now time to going back home..tujela...even biase2 ja holiday saya nih..tp the quality time that we spend together was really great...=D...

MORAL of MY STORY is...kat mana pun kite bercuti...klu kite dapat spend mase yg berkualiti, memang syok n sgt berharga moment tu...lebih2 lg klu dpt bersama family...my mother...i LOVE u...really awesome....sekian terima kasih... =)





Thursday, June 2, 2011

~ Memori Siapkan 3D Model Homer Simpson ~

Semester IV as a IDEan sangat besh walaupun kene belasah teruk dengan keje projek yang melambak xhingat...every week kene tunjuk progress..sketches nak atleast 30...(tada hal konon..hahaha)...mockup lg...mockup aku 4x kot kene reject..hahaha..baru mockup...time ideation tu dah 4x gak kene reject....memang bernanah r telinga tgk keje kene reject...tu baru 1 subjek..tp hasilnye sangat puas ati...no pain no gain..

Yang aku nak cite..adalah subjek 3D modelling...yang td subjek studio..mula2 aku agak tension gak nak ciapkan keje die nih sobab eh...modelling ni mmg sangat banyak duit ko melayang ke kodai hardware....mostly model guna benda2 yang ade jual kat hard
ware tu...hahaha...
lagi 1...dengan keje len yang melambak..due date xleh nego..ini yang sakit...so nak xnak korbanla waktu tdo...ade yang hampir nak tdo kat studio..kikikiki....

Tapi sebenarnye inilah antara sweet memory aku yang aku collect sepanjang aku bergelar IDEan.....ni subjek 3d modelling...finall project ni melibatkan student utk guna POLYPUTTY (yang tempek kat kete klu kete accident tu..)sepenuhnye...tajuknye cam ni...ko kene wat patung superhero ke..animate ke...pape je kartoon kat tv tu bersaiz 2kaki...(CUBE BAYANGKAN)....budak2 IDE tawla azabnye time nak licinkan surface polyputty tu kan...

DIPENDEKKAN CERITA....group aku adelah AKU,SYAI,NEDA (die nih Iranian girl),HAMI,DANIEL & LUTFI (geng ni memang besh...xtaw nape...hahaha) so kitorang pilih HOMER SIMPSON as a model..so basic shape guna form ijau tu...(yang

wat base bunga tu..)..then sapula POLYPUTTY (yang bestnye masing2 kurang xperience guna mende alah ni...so tepek ajela...ko tgk jap g...azab sampai)...

seminggu wat form die...2mgu lebih kot sanding...memang azab...nasib baik DANIEL salehhudin ni ade electric sander...hihihi...

Aku surprise la time ni sebab...sume orang keje almost 12 hour per day...aku xsangka kawan2 aku sangat komited dengan projek nih...sanggup datang awal (lagi awal dr aku k...)then lik malam2...sampai kene halau dengan pakguard..hihihi..

Sebenarnye moment nila yang best..zaman Universiti ni memang beshkan..kite wat keje same2..susah senang same2...g makan same2...gelak getawa..tension..sume gase same2...tapi bila sampai due date nak submit projek nih..tetibe gase sangat sedih...moment tu hanya tinggal kenangan manis sahaja...forever in mind..
Here I want to thanks to all my group members yang sangat membahagiakan aku...I really mis that moment...so for that I share our memories with other fren k...=D