Thursday, October 4, 2012

My 1st Meet: Ust. Don Daniyal

Assalamualaikum.

Di harap kalian semua sihat semuanya. Entry kali ini saya nak bercerita tentang "individu" yang sudah terkenal. Ya, dia yang saya maksudkan adalah DON DANIYAL DON BIYAJID..
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Biodata Beliau (Kalau salah, assif ya ustaz):
Nama penuh: Don Daniyal Bin Don Biyajid
Tarikh Lahir : 14 November 1984
Tempat Lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Status: Berkahwin
Kerjaya: Lecturer di KUIS/Pendakwah bebas

"Dia memang Hebat" itulah ungkapan yang mampu saya katakan setelah menghadiri ceramah beliau di UniKL MIAT pada Ahad lalu (30 September 2012). Actually, inilah kali pertama saya melihat beliau secara live..Nerves jangan ceritalah. Excited sangat. Walaupun gelombang beliau sebenarnya dah lama tapi cuma saya sahaja yang lambat nak catch up story dia. Sebab? Di rumah saya tidak ada Astro sebab mak abah saya bukan "penonton tv" tegar. Mereka yang stopkan perkhidmatan Astro setelah kami semua adik beradik berhijrah ke luar untuk belajar/kerja/kawin dsb. So mak abah tidak memerlukannya. Bila cuti, terpaksalah tengok channel free tu ja..ooppsss...Ni dah menyimpang ni....

TAPI..beginilah cara dakwah yang disampikan oleh Ustaz Don. Bukan menyimpang yang saya maksudkan tapi beliau akan bercerita berkait2 dengan yang tunjang (cerita asal). Meh saya share pengalaman di MIAT.

Around 9pm, ceramah bermula dengan bacaan Surah Al Furqan oleh pelajar dari MIAT dan persembahan nasyid. Disusuli dengan ceramah beliau. KAGUM! Almost 3jam dengar ceramah. Bersemangat & 1 benda yang saya berniat ketika itu adalah: Moga Allah temukan saya dengan lelaki seperti ini yang tahu agama & memahami naluri manusia. He is soft men & understanding.

Antara ilmu/info yang saya dapat catat haritu:

-Yayasan RESTU ada buat "replika rumah nabi" di Shah Alam bersebelahan masjid negeri.

- Cerita Sa'labah (sahabat nabi): yang meninggal dunia akibat menangisi kesalahannya sehingga kering badannya dan beliau meninggal dunia di atas ribaan Rasulullah & digambarkan bersesak2 malaikat ingin mengiringi jenazahnya. Sa'labah ini pemuda yang terlihat wanita sedang mandi ketika beliau sedang lalu dihadapan rumah wanita itu. Rumah orang arab kan pintunya guna tabir sahaja. Itu sahaja perkara yang menyebabkan Sa'labah menangis ketakutan sehingga meninggal dunia. Subhanaallah. KITA??BAGAIMANA?

-Allah akan turunkan ayat al quran if ada apa2 perkara yang jadi pada sahabat2 baginda. Tu sebab Sa'labah takut. Takut nanti Allah turunkan ayat pada Rasululllah tentang apa yang Sa'labah tengok sampai nanti mengaibkan Rasulullah dan akhirnya dibenci/dihukum.

- Ada 1 kisah, datang seorang sahabat nabi (xsure nama dia) mengaku dia sudah berzina. Lantas Nabi bangun dan memalingkan mukanya. Para sahabat yang lain tahu, baginda sedang marah. Diulangi pengakuan itu. Baginda palingkan muka sampai 1 ketika Nabi berkata: Pergi dari sini. Sahabat tadi berlalu dan menangisi kesalahan nya dan bertaubat. Lalu turun ayat dari Allah menyatakan taubat lelaki itu diterima. 
Nak tahu kenapa Rasulullah memalingkan muka dan tidak melayannya?? 1. Sebab kalau kita marah, jangan mengadap muka orang yang kita marah tu, nanti syaitan akan hasut lagi. 2. sebab baginda tidak mahu kalau baginda mengiakan pengakuan sahabatnya itu, hukuman rejam/bunuh perlu dilaksanakan sedangkan baginda tidak sanggup melakukan perkara itu. Nabi kan seorang yang penyayang & pengasih. Ya Allah..Rahmatilah Rasulullah..

- Kisah Saidina Abu Bakar dimaki bertubi2. Pada mulanya Abu Bakar tenang dan terima dengan tenang sampai Rasulullah senyum pada Abu Bakar. Tapi Abu Bakar tidak sabar lalu berkata pada si maki: Kamu diam!!..Lalu Rasulullah berlalu meninggalkan Abu Bakar. Kenapa ya?? ha....Baginda berkata: Ketika Abu Bakar tenang tidak melawan, malaikat ada dibelakang dia membalas balik makian itu. tetapi setelah Abu Bakar berkata: KAU DIAM, malaikat berlalu dan datang pula syaitan menghasut. Sesungguhnya Rasulullah tidak suka duduk dekat dengan syaitan.

- Para nabi wajib solat tahajjud sedangkan orang biasa sunat sahaja.

- Nabi marah kalau kita "MELAMPAU"

- Pengang Al-quran + hadith sampai bila2...

- Amalkan Al-quran sebab dipenghujung hidup kita nanti Al-quran juga yang akan iringi jenazah kita (Bacaam Yasiin oleh orang2 yang masih hidup)

- Sekali hati terbuka untuk berhijrah/berbuat baik Jangan biarkan ianya tertutup. Once tertutup, amat payah untuk terbuka kembali..

- Kalau betul mak ayah kita yang menjadi penyebab kita rosak sekarang, adalah kita sebagai anak yang berakal ingin mengulagi kesalahan mereka???

- Amalkan Al-Waqiah setiap pagi, Al-Mulk sebelum tidur, Yasiin malam Jumaat, Al Kahfi hari Jumaat.

- Untuk lembutkan hati seseorang, baca Surah Taha Ayat 1-5.

- Suara jadi aurat bila dilenggok/dimerdukan. 

- Sebarkan salam. Salam sangat kuat pengaruhnya.Sebarkanlah salam, insyaAllah kasih sayang akan tersebar.
" Duduklah kamu selamanya di neraka selagi kamu tidak beriman. Kamu tidak akan beriman selama mana kamu tidak berkasih sayang. Bagaimana cara hendak berkasih sayang?? Sebarkan salam."pesan Rasulullah...Perempuan/lelaki boleh bagi salam pada bukan mahramnya TETAPI dengan nada yang BIASA.Bukan dilembutkan/memikat. 

- 3 perkara yang perlu diSEGERAKAN 
# Solat setelah masuk waktu
# Jenazah dikebumikan
#Kahwinkan anak bila sudah ada calon yang sesuai.

- "Orang yang berkahwin, Allah lah yang mencukupi mereka" So jangan risau kalau kahwin muda. Janji Allah benar. Boleh rujuk Al-quran.

Khitbah-tempoh berkenalan antara lelaki & perempuan yang berhajat untuk berkahwin. Kerengangan suami isteri adalah disebabkan tidak solat berjemaah + rumah tidak ada azan.

- Bercinta itu boleh TAPI Jagalah hubungan dengan Allah dan perbatasan antara bukan mahram. Jaga aurat.

Ini adalah antara yang dapat saya coretkan dari ceramah Ustaz Don tempoh hari. Kalau kita lihat, penyampaiannya semua tentang isu semasa dan setiap patah ayatnya adalah ilmu2 berguna untuk pemuda macam kita sekarang rite?saya kagumi beliau juga sebab beliau juga seperti kita. Zaman kanak2 yang nakal. Zaman remaja yang gila2...tetapi bila sampai dewasa /pemuda, beliau menyerlah kepada seorang pemimpin. Ya Allah..!!!Speechless. Zaman muda adalah zaman paling penting untuk kita. Zaman inilah yang Allah paling tekankan. Saya sebagai muslimah berharap, lebih ramai lagi pemuda diluar sana mencontohi pemimpin/ lelaki seperti Ustaz Don ini. Dia juga bergaya + tidak kolot dari fesyen + layan jugak lagu rock dsb..itu normal sebab itulah fitrah manusia. tetapi ingat pesan Rasulullah: JANGAN MELAMPAU!!


Kacak + Beriman!! Premium Package!!


 Disini ana share beberapa foto sekitar majlis (Sorry pix Ust Don xda sbb berasak2 di pentas..mana mungkin Muslimah mcm saya boleh melepasi mereka yang bukan mahram saya)
Lepas Isya : 5minit semua ni dah penuh dengan muslimah



Di harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian yang membaca. Semoga saya dapat menghadiri lagi ceramah2 seperti ini dan yang pastinya oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Assalamualaikum. 
wallahua'alam..