Tuesday, February 26, 2013

Jejak Ilmu: Februari

Assalamualaikum. Kali ni saya nak share event-event yang saya sempat hadiri pada sepanjang Februari 2013.

Ok..Let begin with the 1st event

1. 2nd Gathering TeamHijrah Negeri Sembilan

Cuti raya Cina hari tu saya berkesempatan join 2nd gathering THN9.  Event ini lebih kepada perjumpaan untuk usrah antara muslimin & muslimat di kalangan anak2 waris Negeri Sembilan =). Bertempat di Masjid Negeri, Seremban Negeri Sembilan.Dihadiri lebih kurang 30 orang kot..Alhamdulillah.Bilangan semakin meningkat jika dibandingkan dengan 1st gathering dulu.. Alhamdulillah. In shaa Allah.

Kami dari THN9 sedang merancang lebih banyak lagi aktiviti untuk anak2 waris N.Sembilan supaya "SIAPA PUN KITA, KITA ADA ILMU AGAMA YANG BERDAMPING" if nak jadi cikgu, jadilah cikgu yang Islamik..If nak jadi doktor, jadilah doktor yang Islamik,if nak jadi ahli sukan, jadilah yang Islamik..BACK TO ISLAM..BACK TO SUNNAH RASULULLAH + AL-QURAN.

Muslimah Negeri Sembilan

2. UTM BERSELAWAT

Alhamdulillah.Segala perancangan saya tercapai jua akhirnya. Actually, saya teringin sangat untuk balik ke UTM dan melawat kawan2 yang sedang habiskan master di sana. Rindu sangat dengan UTM, Skudai yang banyak mengajar saya erti kehidupan dan persahabatan. Kebetulan, UTM Berselawat diadakan tepat pada masanya. Saya off dan terus terbang ke UTM, Skudai around 1230pm dari Kuala Lumpur. 1st time melangkah semula ke UTM sejak meninggalkannya 4tahun yang lalu sangat mendebarkan.Hampir saja menitiskan air mata. ='''').

Petang tu sempat jalan2 sekitar kampus sebelum berciap2 untuk solat Margrib di MSI (Masjid Sultan Ismail). Alhamdulillah Farah bagi pinjam kereta malam tu.Dapatlah saya ke MSI & ke Arked Cengal beli CoolBlog.KIKIKI..

DAY 1 : Lepas Asar!


UTM dah ada stadium!Walaweh

GO_OD
woo...luasnye nak lari..

Ada swimming pool!Esok kita masuk sebab Sabtu untuk boboy je..Gegurl hari Ahad.

Perkampungan Faculty utk student master.Fuhh!Hebat

Ok then sebelah malam takda XTVT sgt..just rehat kat bilik (hostel Farah + Arfa) kat Kolej Tun Dr.Ismail (KTDI - dulu dikenali sebagai Kolej 11)..Sangat2 mengimbau kenangan..So masa untuk tidur...ZZZZZ..

GOOD MORNING!! Prepare awal2 sebab hari ini sangat banyak aktiviti yang bakal berlangsung. 1st thing is.........NAIK BALAI CERAP!!hehe..memang dah lain dah balai cerap ni..dulu takde pagar.Now dah ada pagar so that beruk + harimau + babi hutan tak ganggu dah..Tapi bangunan kat balai cerap tu tak leh nak panjat dah.So tak boleh nak view 1 UTM.


Nampak tak kubah masjid?Tula MSI (Masjid Sultan Ismail)

Ok.Now kite turun ke bawah untuk ke DSI (Dewan Sultan Iskandar). Di sini akan dijalankan program kemuncak untuk UTM BERSELAWAT ni..Kena pergi awal, kalau tak, memang duduk luar jela jawabnya. Masuk2 je dah penuh setengah dewan.Aiyoo...Pukul berapa diorang bangun ni...


POSTER RASMI

Perasmian + Gimik



Nasyid LaukanaBainana by Kumpulan Hasnan 


UDD

Hafiz Hamidun

IM Asyraf

Me + Arfa =)

MashaaAllah ramainyeee

Moderator + Bro Shah Kirit + UDD + IM Asyraf


Farah + Me + Arfa + Mar --End of Program
Forum yang disampaikan oleh Bro Shah Kirit, UDD (Ustaz Don Daniyal), IM Asyraf ni bertajuk " The Messenger". Secara keseluruhan nye mengajak kita mengenal Rasulullah dan berbalik balik kepada ajaran baginda saw. Dia sepatutnye menjadi contoh dalam kehidupan kita seharian bak kata Saidatina Aisyah, Al-quran itulah peribadi Rasulullah saw. Dah perfect dah role model tu..Bro Shah Kirit adalah convert person. Dah 17 tahun convert.Alhamdulillah. Then baru tahu jugak, UDD & IM Asyraf adalah roomate time belajar dulu2..Sempat lagi menyakat each other kat atas stage.Lawak betol!

Then sebelah petang lepas Zuhur ada program Talaqqi perdana dari Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Maki.Ini 1st time saya berjumpa dengan sheikh secara life.Mashaa Allah..Hebat2..Ketaq woo..

Celah batu pun boleh

Tips dari beliau

=)

Kemudian saya terpaksa beransur2 pulang ke KL. Actually malam nanti ada majlis dari Al Habib Ali Zaenal Abidin + Al Mawlid. Tapi saya terpaksa balik KL sebab saya nak kerja esoknya. So petang itu juga saya berangkat pulang ke KL. Merindui semua yang ada. Sebelum balik singgah di Kolam renang semalam.Today gegurl boleh masuk.hehehe...

DAY 2 : Lepas Asar juga!

=)
=)

Syok wo!

Tempat dating dulu2..OK tak bleh bla
Baru ku tahu nama tasik ni taman tropika.


Sayonara UTM ='(



Malam bersama Al-Habib Ali Zaenal Abidin .kredit to photographer yg share!
Ni yang tak sempat join..

Alhamdulillah.Alhamdulillah..Syukur kepada Allah.Segala yang saya rancang mengikut plan saya.Terima Kasih Allah.Semoga saya dapat manfaatkan ilmu yang ada bersama kalian.

3. CINTA TAK TERUCAP by Ust Don Daniyal Don Biyajid.

Alhamdulillah.Baru Ahad hari tu jumpa UDD.Today jumpa lagi. Program ni buat di KPTM Kuala Lumpur. Sebelah ja dari campus saya.10 min je dari rumah.So sangatlah kerugian if tak pergi kan..Kali ini jugak saya dapat jumpa UDD secara dekat giler!!!! Terkejut aku! Berkisar tentang cinta sebelum & selepas kahwin.

UDD sampaikan yang bercinta selepas / sebelum kawin dua2 pun dibenarkan. Ada dalam hujjah. So takda masalah nak buat yang mana2 asalkan pandai jaga diri.

Dari kejauhan.. spoil betul tiang tu!

Fiuhh...ni paling dekat saya penah bersua

HE!

Sekian sahaja perkongsian untuk entry kali ini..Mata pun dah berat sangat ni..Nantikan entry terbaru tentang event besar di KLCC..Nak tahu event ape? Tunggu....Keep in touch ok dearest reader! =)
Assalamualaikum.Selamat Malam!

Saturday, November 17, 2012

~1st TEAMHIJRAH Gathering + Street Dakwah~



We love Rasulullah. We Miss him!


Assalamualaikum..

Kisah menarik dihujung tahun Hijrah 1433H....

Setelah sebulan berkenalan di Facebook, kami semua berjumpa atas izin Allah swt. Saya teruja sebenarnya sebab kami semua hanya kenal di Facebook/ Whatapp/ Twitter je tapi hubungan sangat akrab. Cadangan gathering ini adalah dari senior TEAMHIJRAH. Alang2 dah buat gathering, kami pun bercadang untuk buat Street Dakwah..Ini adalah pertemuan pertama taw..Ingatkan 2,3 kerat je yang datang..Rupa2nya hampir 200++ yang datang..MasyaAllah Tabarakallah..

Kami berkumpul di Taman KLCC around 11pm..Mula ja kerja dah ada ujian..Pak Guard buat hal pulak. Maybe sebab tak penah tengok ramai sangat bidadari syurga kat taman2 tu kot..yela mana taknye..jarang lihat kumpulan2 bertudung labuh + berniqab + menutup aurat sempurna di KLCC kan..

Nak story sikit Kisah PAK GUARD *Moga Allah memberi hidayah padanya...

Ketua event kami iaitu Kak Bai dan seorang lagi rakan terpaksa berhadapan dengan PG (Pak Guard) ni sampai nangis2 minta izin untuk edar flyers + berkumpul di taman...

Jawapan kurang iman PG ni:

"...Kalau nak jugak berkumpul kat sini, bagi seorang antara kamu kat pakcik..."

KALAU KAMI SEMUA CAMPAK PAKCIK DALAM KOLAM & BENAM SAMPAI MATI PUN KAMI MAMPU OKEY..CUKUP KURANG SIUMAN PG!!

Sabarlah hati..so kami decide untuk berada di masjid As-Syakirin..Masjid tempat untuk semua. Buatlah apa yang terbaik demi agama..So nah...kami dapat tempat yang aman lagi mulia..So bermulalah sesi taaruf kami..Azan Zohor pun berkumandang. So kami solat + makan kemudian sambung aktiviti belah petang iaitu edar flyers..Malangnya group saya lama benorrrlah makan sampai flyers habis dah tak sempat nak edarkan pada umum. Tapi segalanya berjalan lancar. Cuaca yang dijangkakan hujan sama sekali meleset. MasyaAllah Tarbarakallah...Mendung sahaja dari pagi sampai petang..

MOGA ALLAH RAHMATI KAMI :)

ALHAMDULLILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..

Okey..Ni saya nak share antara pix yang sempat dirakam sepanjang program...
Kepada kawan2 diluar sana..kalau berminat joinlah kami di Facebook..type: TeamHijrah..Kalau kalian dari Negeri Sembilan..ade juga team cawangan type: TeamHijrah:Negeri Sembilan..

Oklah..ini dia santapan untuk minda anda..Selamat Menonton....

~Ukhuwah Fillah Abadan Abada~

Sebahagian Muslimat


Kumpulan dari Muslimin


Brief sikit sementara tunggu yang lain



Walk to remember....


Korean who interested in Islam after look at us.MasyaAllah Tabarakallah
Tag kami :)

Tentatif Program





Poster

Another poster


My Whatapps Group: MuslimahSolehah



Within the smallest + the cutest =)


After having lunch...


We support TEAM HIJRAH

heh heh heh

Last but not least...:)

SEKIAN SAHAJA SHARING UNTUK KALI INI.SEMOGA UKHUWAH YANG TERJALIN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SEMUA.
IN SYAA ALLAH

* Ada juga yang mengatakan kami ajaran sesat.Adoyai...kami ni berkumpul sesama kawan2 sahaja. Jual2 tudung..Jual2 handsock..Jual stokin..jual niqab..kongsi2 cerita kat Maahad..kongsi kisah2 penghijrahan..kalau tentang agama, kami refer pada yang lebih diyakini iaitu ustaz & ustazah.
So kepada di luar sana, jangan bimbang. Kami masih lagi waras dan berpegang kepada Al-quran +Sunnah.
~Wassalam~

Thursday, November 15, 2012

Ahlan Wa Sahlan


"...Saya datang untuk menjadi sahabat kamu di dunia dan akhirat. Di akhirat nanti kita punya dua pilihan. Ke SYURGA / NERAKA...Saya mahu kita semua ke SYURGA JANNAH..Berjiran di sana. InsyaAllah...Blog ini khas buat sahabat2 yang ingin merapatkan ukhuwah fillah dengan saya..Semoga saya memberi manfaat kepada kalian..Saya ada Allah & Rasulullah dan berpegang pada Al-Quran & Sunnah..."

Selamat Melayari & Melayanlah apa2 info yang saya post di blog saya ni ea..hEhEhE =)
Assif Jiddan kalau atas kekurangan blog ini.Sedia menerima teguran. InsyaAllah.
~Wassalam~





Thursday, October 4, 2012

My 1st Meet: Ust. Don Daniyal

Assalamualaikum.

Di harap kalian semua sihat semuanya. Entry kali ini saya nak bercerita tentang "individu" yang sudah terkenal. Ya, dia yang saya maksudkan adalah DON DANIYAL DON BIYAJID..
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Biodata Beliau (Kalau salah, assif ya ustaz):
Nama penuh: Don Daniyal Bin Don Biyajid
Tarikh Lahir : 14 November 1984
Tempat Lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Status: Berkahwin
Kerjaya: Lecturer di KUIS/Pendakwah bebas

"Dia memang Hebat" itulah ungkapan yang mampu saya katakan setelah menghadiri ceramah beliau di UniKL MIAT pada Ahad lalu (30 September 2012). Actually, inilah kali pertama saya melihat beliau secara live..Nerves jangan ceritalah. Excited sangat. Walaupun gelombang beliau sebenarnya dah lama tapi cuma saya sahaja yang lambat nak catch up story dia. Sebab? Di rumah saya tidak ada Astro sebab mak abah saya bukan "penonton tv" tegar. Mereka yang stopkan perkhidmatan Astro setelah kami semua adik beradik berhijrah ke luar untuk belajar/kerja/kawin dsb. So mak abah tidak memerlukannya. Bila cuti, terpaksalah tengok channel free tu ja..ooppsss...Ni dah menyimpang ni....

TAPI..beginilah cara dakwah yang disampikan oleh Ustaz Don. Bukan menyimpang yang saya maksudkan tapi beliau akan bercerita berkait2 dengan yang tunjang (cerita asal). Meh saya share pengalaman di MIAT.

Around 9pm, ceramah bermula dengan bacaan Surah Al Furqan oleh pelajar dari MIAT dan persembahan nasyid. Disusuli dengan ceramah beliau. KAGUM! Almost 3jam dengar ceramah. Bersemangat & 1 benda yang saya berniat ketika itu adalah: Moga Allah temukan saya dengan lelaki seperti ini yang tahu agama & memahami naluri manusia. He is soft men & understanding.

Antara ilmu/info yang saya dapat catat haritu:

-Yayasan RESTU ada buat "replika rumah nabi" di Shah Alam bersebelahan masjid negeri.

- Cerita Sa'labah (sahabat nabi): yang meninggal dunia akibat menangisi kesalahannya sehingga kering badannya dan beliau meninggal dunia di atas ribaan Rasulullah & digambarkan bersesak2 malaikat ingin mengiringi jenazahnya. Sa'labah ini pemuda yang terlihat wanita sedang mandi ketika beliau sedang lalu dihadapan rumah wanita itu. Rumah orang arab kan pintunya guna tabir sahaja. Itu sahaja perkara yang menyebabkan Sa'labah menangis ketakutan sehingga meninggal dunia. Subhanaallah. KITA??BAGAIMANA?

-Allah akan turunkan ayat al quran if ada apa2 perkara yang jadi pada sahabat2 baginda. Tu sebab Sa'labah takut. Takut nanti Allah turunkan ayat pada Rasululllah tentang apa yang Sa'labah tengok sampai nanti mengaibkan Rasulullah dan akhirnya dibenci/dihukum.

- Ada 1 kisah, datang seorang sahabat nabi (xsure nama dia) mengaku dia sudah berzina. Lantas Nabi bangun dan memalingkan mukanya. Para sahabat yang lain tahu, baginda sedang marah. Diulangi pengakuan itu. Baginda palingkan muka sampai 1 ketika Nabi berkata: Pergi dari sini. Sahabat tadi berlalu dan menangisi kesalahan nya dan bertaubat. Lalu turun ayat dari Allah menyatakan taubat lelaki itu diterima. 
Nak tahu kenapa Rasulullah memalingkan muka dan tidak melayannya?? 1. Sebab kalau kita marah, jangan mengadap muka orang yang kita marah tu, nanti syaitan akan hasut lagi. 2. sebab baginda tidak mahu kalau baginda mengiakan pengakuan sahabatnya itu, hukuman rejam/bunuh perlu dilaksanakan sedangkan baginda tidak sanggup melakukan perkara itu. Nabi kan seorang yang penyayang & pengasih. Ya Allah..Rahmatilah Rasulullah..

- Kisah Saidina Abu Bakar dimaki bertubi2. Pada mulanya Abu Bakar tenang dan terima dengan tenang sampai Rasulullah senyum pada Abu Bakar. Tapi Abu Bakar tidak sabar lalu berkata pada si maki: Kamu diam!!..Lalu Rasulullah berlalu meninggalkan Abu Bakar. Kenapa ya?? ha....Baginda berkata: Ketika Abu Bakar tenang tidak melawan, malaikat ada dibelakang dia membalas balik makian itu. tetapi setelah Abu Bakar berkata: KAU DIAM, malaikat berlalu dan datang pula syaitan menghasut. Sesungguhnya Rasulullah tidak suka duduk dekat dengan syaitan.

- Para nabi wajib solat tahajjud sedangkan orang biasa sunat sahaja.

- Nabi marah kalau kita "MELAMPAU"

- Pengang Al-quran + hadith sampai bila2...

- Amalkan Al-quran sebab dipenghujung hidup kita nanti Al-quran juga yang akan iringi jenazah kita (Bacaam Yasiin oleh orang2 yang masih hidup)

- Sekali hati terbuka untuk berhijrah/berbuat baik Jangan biarkan ianya tertutup. Once tertutup, amat payah untuk terbuka kembali..

- Kalau betul mak ayah kita yang menjadi penyebab kita rosak sekarang, adalah kita sebagai anak yang berakal ingin mengulagi kesalahan mereka???

- Amalkan Al-Waqiah setiap pagi, Al-Mulk sebelum tidur, Yasiin malam Jumaat, Al Kahfi hari Jumaat.

- Untuk lembutkan hati seseorang, baca Surah Taha Ayat 1-5.

- Suara jadi aurat bila dilenggok/dimerdukan. 

- Sebarkan salam. Salam sangat kuat pengaruhnya.Sebarkanlah salam, insyaAllah kasih sayang akan tersebar.
" Duduklah kamu selamanya di neraka selagi kamu tidak beriman. Kamu tidak akan beriman selama mana kamu tidak berkasih sayang. Bagaimana cara hendak berkasih sayang?? Sebarkan salam."pesan Rasulullah...Perempuan/lelaki boleh bagi salam pada bukan mahramnya TETAPI dengan nada yang BIASA.Bukan dilembutkan/memikat. 

- 3 perkara yang perlu diSEGERAKAN 
# Solat setelah masuk waktu
# Jenazah dikebumikan
#Kahwinkan anak bila sudah ada calon yang sesuai.

- "Orang yang berkahwin, Allah lah yang mencukupi mereka" So jangan risau kalau kahwin muda. Janji Allah benar. Boleh rujuk Al-quran.

Khitbah-tempoh berkenalan antara lelaki & perempuan yang berhajat untuk berkahwin. Kerengangan suami isteri adalah disebabkan tidak solat berjemaah + rumah tidak ada azan.

- Bercinta itu boleh TAPI Jagalah hubungan dengan Allah dan perbatasan antara bukan mahram. Jaga aurat.

Ini adalah antara yang dapat saya coretkan dari ceramah Ustaz Don tempoh hari. Kalau kita lihat, penyampaiannya semua tentang isu semasa dan setiap patah ayatnya adalah ilmu2 berguna untuk pemuda macam kita sekarang rite?saya kagumi beliau juga sebab beliau juga seperti kita. Zaman kanak2 yang nakal. Zaman remaja yang gila2...tetapi bila sampai dewasa /pemuda, beliau menyerlah kepada seorang pemimpin. Ya Allah..!!!Speechless. Zaman muda adalah zaman paling penting untuk kita. Zaman inilah yang Allah paling tekankan. Saya sebagai muslimah berharap, lebih ramai lagi pemuda diluar sana mencontohi pemimpin/ lelaki seperti Ustaz Don ini. Dia juga bergaya + tidak kolot dari fesyen + layan jugak lagu rock dsb..itu normal sebab itulah fitrah manusia. tetapi ingat pesan Rasulullah: JANGAN MELAMPAU!!


Kacak + Beriman!! Premium Package!!


 Disini ana share beberapa foto sekitar majlis (Sorry pix Ust Don xda sbb berasak2 di pentas..mana mungkin Muslimah mcm saya boleh melepasi mereka yang bukan mahram saya)
Lepas Isya : 5minit semua ni dah penuh dengan muslimah



Di harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian yang membaca. Semoga saya dapat menghadiri lagi ceramah2 seperti ini dan yang pastinya oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Assalamualaikum. 
wallahua'alam..