Monday, May 12, 2014

DIY - Mini White Studio

Assalamualaikum.

Nak kongsi 1 rahsia! Baru last week dapat ilmu ni. Ye. Mungkin anda semua dah lama tahu. Heee. Takpe.Takpe. Kongsi jugak.

MINI WHITE STUDIO.

Yes. Itu topiknya. Mini white studio ni macam nak shoot objek berlatarbelakang putih ala-ala studio gitu. Kalau studio sebenar, memanglah mahal sewanya. Kalau setakat nak shoot benda cinonet tu, DIY sudaaa..

Aku dapat idea ni masa jumpa senior aku yang keje kat kedai LSN (pembekal mesin jahit). Dia adalah designer kat sana. Dia guna mini white box studio ni untuk shoot item2 yang company dia jual. So, aku pun cubalah sebab aku ni online business woman! Dulu2 aku shoot guna camera phone tanpa ada seni kecual masa nak promote tu. Background iklan dah cun tapi kualiti image plak hampeh. So, customer pun rasanya boringgggg je kan..

OKlah..Jom aku share something.

Apa yang korang perlu ada:

1. DSLR / camera yang berpixel tinggi/high res ke ape ke...

2. Kotak yang betul2 putih. (Aku guna rak buku aku je.Sebab warna putih) Kotak biasa pun boleh. Cuba balut dengan kertas putih. Paling senang gantungkan saja kain putih yang tebal. Jadi jugak

3. Mentol cahaya putih (Lampu ni DIY jugak. Pinjamlah sat lampu jamban tu. Aku guna cahaya kuning,so agak kuningla efeknya)


OK. DSLR tu biasanya 'auto' kan saja.So tak payah pening2 kepala nak set speed/apperture/dll. Letak item yang  korang nak shoot pada rak tu. Biasanya letak tengah2 & jangan nampakkan sangat border line box tu. Kemudian, lampu tu (yang dah menyala) letakkan di atas belakang kamera. Maksudnya cahaya lampu tu akan tembak dari arah belakang camera. Sorry tak dapat nak tunjukkan keadaanya. Pepandailah korang bayangkan ye. Lagipun lampu ni boleh di adjust ikut cahaya/efek yang korang nak. Then cuba shoot sebanyak mungkin sampai korang berjaya menghasilkan image macam bawah ni. Ni aku shoot dalam 4,5x jugak. Tapi nak shoot benda kecil agak leceh. So, ni kena tambah ilmu lainlah ye. SELAMAT MENCUBA.


sebelum

selepas

Selamat Mencuba!