Friday, November 7, 2014

Ahmad Muadz, the.


Sejak kandungan berusia 37 minggu, aku dan suami dah mula berteka teki bila aku akan bersalin. Ada beberapa tarikh yang kami ‘spot’ tapi semuanya ‘hampeh’. HaHaHa.
Menanti dan menjangkakan kelahiran itu suatu yang ‘annoying’ bagi aku. Macam-macam rasa yang terlintas. Sampailah ke satu hari Ahad (21 September 2014).  Bila bangun untuk solat Subuh, ada rasa sakit semacam. Aku teringat pesan akak ipar untuk buat ‘timing’. But we put no hopes at all sebab seperti biasa, it is just a false alarm.

Dari 20 minit jadi selang 15 minit. Tiba- tiba aku jadi berdebar. Kami ambil keputusan untuk bersiap-siap ke hospital. Pack barang-barang yang penting walaupun beg baby tu dah hampir 10kali aku ‘update’. Aku yakin. Kali ni mesti bersalin punya.  Kebetulan hari tu adalah hari Ahad. Mak abah & kami semua berdoa dan sangat berharap aku bersalin pada ketika hari cuti sewaktu suami ada di rumah sebab risaukan aku yang tinggal sendirian di rumah (weekday). Alhamdulillah. Perfect timing. Jalan dari Shah Alam ke Serdang melalui highway memang lengang dan tak perlu bergegas sangat.

Dalam perjalanan, sambil makan pisang (konon-konon nak dapatkan tenaga untuk meneran jap lagi) kami sempat berbual-bual & buat lawak-lawak sengal. Masing- masing tengah cuak sebenarnya but as usual, suami aku memang cool.

Lepas buat pendaftaran & routine checking dari nurse, aku kena duduk di luar balik untuk tunggu ‘bed’ di PAC untuk buat VE (pemeriksaan bukaan rahim). Sakitnya dah makin kerap & menyakitkan tapi masih boleh senyum-senyum.

Pukul 1 lebih (almost nak masuk Zuhur), VE dibuat dan bukaan rahim aku baru 4 cm dan doctor advice aku rehat dulu dan dalam pukul 5 pm dia akan buat VE lagi. WHAT?! Masa ni aku dah sakit tahap 6 out of 10. Terbayang-bayang macam mana lah sakitnya kalau bukaan dah 10cm nanti? Bertahan jela...Suasana kat dalam PAC & di luar memang sibuk. Ramai sangat nak bersalin.SERIUS! Kebetulan hari tu labour room pun penuh (sampai ada pesakit yang dihantar ke Hospital Kajang/private), so yang betul-betul nak bersalin je boleh ditolak ke labour room.

Aku dah tak larat.Bila ‘contractions’ tu datang, aku tak boleh bergerak sebab sakit sangat. Doktor terus buat VE balik. Bukaan dah 7cm dan doctor dapat rasa baby aku dah berasak nak keluar. Masa ni jam lebih kurang 2.30 pm. Tapi nurse suruh tunggu dulu sebab labour room penuh. Belum boleh accept lagi. Stage ni agak ‘GILA’ sebab disuruh tunggu dalam keadaan baby aku dah nak terkeluar. Semua yang pernah bersalin normal, akan tahu 'sakit' yang aku cakapkan ni. 

Akhirnya dalam dapat bilik No. 9 dan ada 2 orang nurse. Mereka yang akan menyambut kelahiran anak kami nanti. Baru aku tahu, jarang doctor yang akan buat kerja ni kecuali pesakit yang berisiko tinggi sahaja. Bertarung nyawalah aku selama 20 minit dengan enam kali teran dan gagal. Nurse terpaksa buat potongan episotomi. Teran kali ke-7 dan 3.20pm, selamat lah lahirnya Ahmad Muadz ke dunia ini.

“Anak kita ok x?Sempurna x?” That is my 1st questions.

“OK je..”

Selesai dijahit. Menjahit sambil bual-bual dengan nurse tu. Jangan fikir tentang ngilu benangnya ditarik..oouuchh.. Abang dibenarkan masuk balik ke bed dan terus abang azankan anak kami. At this moment, tertumpah jua air mata ku ini. It was the greatest moment when as a women, you are able to give him (abang) a very special gift. I know, he is the happiest man in the universe that day.