Wednesday, September 18, 2013

DIY : Goodies Bag Budget



Saya nak share sedikit idea yang berkaitan dengan walimatul urus iaitu 'goodies bag' yang menjadi kemestian untuk setiap majlis perkahwinan. Dulu2 kala, pemberian bunga telur sudah pun mencukupi. Sekarang zaman dah moden, macam2 idea boleh dibuat untuk goodies bag.

So sekarang saya nak share 1 idea (dari banyak2 idea for my own wedding) iaitu GOODIES BAG!

Awak2 semua kena ada barang2 berikut:



1. Beg kertas goreng pisang ( Ada jual di kedai sejuk beku/kedai jual turperware : RM3.50/100s)
2. Kertas minyak kuih raya (Saya beli di kedai menjual bahan2 buat kek : Bakery House BUKAN kedai kek taw (RM5.50/250s - 5')
3. Reben2 (ikutla tema warna. warna fav awk2 semua RM2.50-RM10)
4. Gunting & double sided tape.

Stepnya adalah seperti berikut.

1. Bentuk asal (Kiri). Buat 'base' dengan meratakan bahagian bawah paper beg (Kanan) 

2. Lipat bahagian atas 1' & ukur reben bersaiz 2'.

3. Potong hujung reben untuk dapatkan 'shape' macam dalam gambar. Kertas minyak dikerat menjadi 2 bahagian (Usaha penjimatan! =P ). Tampal reben & kertas minyak dengan tape.

4. Kalau  rajin, tambahlah reben 1/2' pada reben 2' tu. Ohh saya tidak rajin sebab goodies bag yang perlu disiapkan adalah 500s. So, MALAS!

5. Inilah hasilnya pada mulanya.

6. Ini adalah final design untuk goodies bag majlis saya nanti. Saya gunakan 1 jenis reben sahaja & kertas minyak tu saya lekatkan dibelah luar lipatan tadi. Masih gunakan 1/2 dari kertas minyak.




OK. Jom kita kira budget (500 orang tetamu)

1. Paper bag (1 bungkus ada 100s) - RM3.50 x 5 = RM17.50
2. Kertas minyak (1 bungkus ada 250s * dikerat 2 bahagian untuk dptkan 500s) - RM5.50 x 1 = RM5.50
3. Reben 2' (1 reben cukup untuk 80s-90s) - RM10 x 7 = RM70
4. Double Sided Tape - RM2 x 5 = RM10


Grand Total = RM 103 SAHAJA??!


Hehe.. Itu anggaran sahaja. Tapi jimatlahkan kalau nak dibandingkan dengan tempah.
Saya mula start buat goodies bag ini pada awal September 2013 dan majis pada bulan Mac 2014. So bolehla buat sambil tengok TV ke..Sambil tunggu masuk waktu solat ke..Sambil layan FB ke Insta ke.. Lagiiiii... bolehhh
Oklah. Nanti saya kongsikan lagi apa2 yang saya boleh kongsikan.

SELAMAT MENCUMA. APA YANG PENTING, U.S.A.H.A