Tuesday, May 28, 2013

Jejak Ilmu : Seminar Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah (SIM,KII)

Assalamualaikum semua ",

Diharap kalian sihat jasmani, rohani & iman. Em..Almost 2 bulan tak update blog ni. Sibuk melayari musim cuti.HeHeHe. Alhamdulillah kali ini saya ingin membuat perkongsian ilmu sewaktu menghadiri seminar baru-baru ni. Anjuran AsSohwah (Prof Dr. Muhaya) & KUISCell (Ust Don).

Official Poster

Alhamdulillah seminar ini berjalan dengan jayanya. Gabungan panel yang sangat mantap iaitu Ust Don Daniyal Don Biyajid & Prof Dr. Muhaya. Agak kerugiaan sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir. JELES?? lalalala Secara ringkasnya, seminar ini memang berkisar isu nikah, syariat dalam pernikahan & permasalahan nikah zaman sekarang. Memang sesuai lah untuk golongan yang bakal bernikah takpun yang belum jumpa jodoh pun boleyy...YANG DAH KAWIN??Ada jugak...

Ini sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kongsikan. Semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Insya'Allah.

Mukaddimah dari Ust. Don 


  • Apa yang kita faham tentang 'syariat'?

Ada yang jawab, if nak dating, tak boleh berdua-duan..
Kahwin itu adalah tentang tanggungjawab dan berbagai lagi jawapan dari peserta.

Bagi saya pulak, syariat adalah 'guideline' kepada kita untuk melakukan apa sahaja perkara yang mana ianya tidak akan bertentangan dengan Islam andai kita ikut betul-betul.


  • Boleh ke kita berterus terang pada seseorang yang kita berkenan dekat dia?Islam ada beri guideline kan...
Ramai orang lebih rela kecewa tengok lelaki/perempuan yang dia suka pergi kepada orang lain dari kecewa kena 'reject' mentah-mentah. Padahal dalam Islam ajar, andai suka pada seseorang, jangan tunggu lama-lama. Jangan bermain-main dengan perasaan sendiri. Terus khabarkan padanya atau gunakan orang tengah. Sekurang-kurangnya, andai di'reject'/ dia dah berpunya, kamu tidaklah kecewa sangat sebab baru ja berputik perasaan tu kan..Ini dah berbulan baru nak khabar. Then kena reject. Memanglah 'frust tertiarap' dibuatnya.

Mukaddimah dari Prof Dr. Muhaya

Kita mesti menjadi 'penyoal diri' kita. Memerhati diri kita.Bertanya WHY?WHY?WHY?HOW?
Kita hendak berkahwin untuk apa?? ALLAH?SUNNAH? Untuk jadi orang yang bahagia?Untuk mendapatkan zuriat?untuk menyambung keturunan?Untuk menzahirkan cinta?

Jawapan yang sepatutnya adalah "Aku ingin berkahwin demi Allah. Demi mencari redha Allah. Demi membimbing keluarga ke syurga Allah. Demi 'memberi' bukan 'menerima'.

Untuk buat apa sahaja, mesti ada skrip/planning (rancangan). Untuk berkahwin, sediakan 'manual' kehidupan kamu bermula dari berkenalan sehingga ke tempoh yang panjang. Contoh: nak kahwin dengan siapa?Bila?dekat mana?berapa banyak nak peruntukan untuk majlis?Anak nak berapa ramai?Nak menyewa rumah dimana?Nak sekolahkan anak dimana?Simpanan macam mana?bla...bla...bla...COMPLETE.
  • Salahfaham.
"Kita akan bahagia if kita kahwin" NO! If tak kahwin skali pun, kita boleh bahagia."
"Berapa ramai yang bercinta & kahwin akhirnya mereka bercerai?Sebab matlamat perkahwinan mereka bukan kerana mencari redha Allah.
"Orang ramai fokus hendak cantikkan fizikal. Tapi lupa pada kecantikan rohani, emosi & intelek. Sedangkan kecantikan fizikal hanya 1% sahaja penyumbang daya tarikan." 

  • Kriteria lelaki pilihan mengikut acuan Islam:-
1. Boleh jadi imam? BOLEH. sebab dialah yang menjadi ketua keluarga. REJECT kalau penakut!
2. Bacaan Al-Fatihah bagus? YA. sebab Al- Fatihah adalah rukun solat.
3. Solat wajib cukup? YA.  sebab solat adalah tiang agama.
4. Merokok? TIDAK. sebab rokoklah membuatkan orang lain merana.



  • Setiap kali hendak buat sesuatu, fikirkan ini: -
1. WHY? KENAPA? - Kenapa kita nak buat benda ini? Jawapannya adalah kerana mencari redha ALLAH.

2. HOW?BAGAIMANA? - Bagaimana nak buat benda ini? Jawapannya adalah dengan mengikut syariat yang Islam ajarkan.

  • Periksa perkara ini sebelum berkahwin:-
1. Kesihatan. 
2. Emosi (Bersyukur dengan apa yang kamu dapat, beri kasih sayang untuk terima kasih sayang)
3. Jaga hubungan dengan Allah.
4. Intelek - Positifkan sifat peribadi.

  • Kata hikmah dari Prof Dr. Muhaya.
"bersyukurlah hari ini, nescaya esok kamu akan bangun menjadi orang yang bahagia" 
" Kepada wanita, jadilah mahal kepada lelaki tetapi "friendly" kepada sesama kamu"
"Perempuan yang tak solat, tak tutup aurat & tak jaga batas pergaulan adalah perempuan yang bermasalah"

Perbentangan dari Ust. Don

Ikut syariat adalah dengan ikut apa yang Allah & Rasul ajarkan kepada kita. 

Lelaki mampu ke masjid selama sebulan tanpa henti, membaca Al-Quran sebulan, beribadat sebulan tanpa had dan lain -lain lagi tetapi perempuan??Pasti tak penuh sebulan..Oleh itu sepatutnya lelaki memiliki ilmu lebih banyak dari perempuan DAN lelaki lah bertanggungjawab memenuhi kekurangan perempuan itu dengan didikan dari dirinya kepada si perempuan itu (isteri & anak2 perempuan).

#Hadith
" Tahukah kamu bila kamu duduk dengan isteri kamu, itu adalah sedekah bagi kamu"

#Tips
Kalau bergaduh suami isteri, bawa2lah solat berjemaah. Saat-saat solat berjemaah itulah yang boleh menyejukkan hati suami isteri. Bak kata Dr. Husna (isteri ust. Don), " Salaman selepas solat itu ibarat salaman pertama selepas mereka ijabkabul dulu" oohh so sweeett!!!!

Perbentangan dari Prof Dr. Muhaya

  • 3 jenis manusia :-
1. Neurotic (keladak)

- tidak dapat bezakan mana betul/salah
- emosional
- rasa terancam
- rasa diri sangat teruk
- rasa bersalah
- 24hours marah
- Terdesak (hopeless)

2. Normal (kebanyakan orang)

Boleh fikir rasional TAPI andai ada masalah/pengaruh , boleh berubah menjadi negatif.

3. NO LIMIT PERSON

- mampu kawal emosi dengan cara mengawal pemikiran.
- suka mencari ilmu , berkongsi, fahaminya dan amalkannya.
- mereka memilih untuk memikirkan apa. Bukan hanya menadah je...

" BE SELF DEVELOPER"
" Jangan risaukan diri kita sekarang tapi teruskan baiki diri ke arah yang BETUL"
"Jodoh adalah anugerah Allah."
"Feel deserve to be loved"
"Bila urusan kita dengan Allah settle, urusan dunia jadi small matter"
"apa pun, betulkan diri kita. Pandang sesuatu pada sudut yang positif"
"Apa yang Allah beri, itulah yang terbaik."

  • Jaga 3 T ini :
- Taqwa
- Taubat
- Tauhid

  • Untuk bahagia, amalkan :-
- beri kasih sayang tanpa syarat, jangan umpat orang.
- memaafkan orang
- murah hati
- timgkatkan hubungan dengan Allah
- inner peace. 

Untuk bertemu jodoh, tuliskan ciri2 yang kita nak. Kemudian berusahalah menjadi seperti apa yang kita cita kan.

RUMUSAN

  • Tips untuk berjaya:
1. spesifik
2. fokus untuk Allah dan untuk beri manfaat kepada orang lain
3. Bersyukur dengan apa yang ada.
4. Yakin pada Allah.

  • Doa banyak2 dan jangan putus asa.
  • Setiap manusia pasti buat salah. Jangan fikirkan dosa itu tapi fikirkan bagaimana nak ubah jadi lebih baik. Tampung balik dosa itu dengan memperbanyakkan buat pahala.
  • Tawakal & yakin setinggi mungkin pada Allah
  • Komunikasi berkesan:-
1. Jaga hijab bahasa (no lucah2)
2. Jaga aurat (terutamanya gambar)
3. Kongsi benda2 baik/ilmu bermanfaat.
  • DONT DO THIS:-
- Dont be judgemental.
-Dont make justification
- Dont be deffensive.

" Jagalah Agama Allah, Pasti Allah jaga kita" - Ust Don

" Ramai orang lapar bukan sebab tiada makanan tetapi kekurangan kasih sayang, oleh itu berilah kasih sayang kamu itu " - Prof Dr. Muhaya.


Alhamdulillah. Tamat sudah perkongsian kali ini. Maaf ianya agak panjang. Ambil lah masa untuk membacanya. Saya fikir ianya amat bermanfaat kepada bakal2 pengantin. Siapalah generasi pembela agama kalau bukan ianya bermula dari madrasah kita (madrasah kita inilah yang perlu dibina kukuh dahulu).

Salam Kasih Sayang dari saya. 

HajarHumaira Ishak

Bukti!HeHehe