Saturday, July 13, 2013

Dari Abah Untuk Awak


Dahulu Abah berpesan,

Cincin dijari manis ini abah hadiahkan untuk kamu. Sebagai tanda, kamu masih lagi milik abah. Suatu hari nanti, ianya bakal digantikan dengan cincin pemberian suami kamu. Sebagai tanda kamu miliknya dan juga sebagai tanda berakhirlah kuasa abah pada kamu. 


Ya. Kini saat itu makin hampir. =')

Itulah hidup. Itulah takdir menjadi seorang anak perempuan. Bukan hanya saya tapi semua yang bergelar 'female' akan melaluinya andai diberi keizinan Pencipta.

Mungkin dia bukan Ustaz, yang mampu berceramah kepada dunia.
Mungkin dia bukan Hafiz, yang mampu hafal 30 juzuk Al-Quran.
Mungkin dia bukan imam besar, yang mengimamkan ratusan jemaah.
Mungkin dia bukan doktor, yang hebat menyandang jawatan merawat pesakit 
Mungkin dia bukan CIMB, MAYBANK, etc yang mampu beri wang kepada dunia.
Mungkin dia bukan Guru, yang mendidik ratusan pelajar sehari-harian
Mungkin dia bukan Pemimpin, yang mampu memimpin dunia

Tapi....

Dia bakal Ustaz yang akan memberi ceramah kepadaku dan anak2 saban ketika
Dia bakal Hafiz yang akan membacakan alunan ayat suci Al-quran sambil memandu barangkali.
Dia bakal imam yang mengimami solat kami selepas itu nanti.
Dia bakal doktor yang menjadi orang pertama menyambut kelahiran zuriat kami
Dia bakal 'banker dunia' kami yang menyalurkan nafkah zahir batin dari keringat tulang 4 keratnya
Dia bakal guru buat kami yang sentiasa mengajar kami erti hidup
Dia bakal pemimpin yang bakal memimpin kami sekeluarga menuju ke Jannah-Mu 


Dialah SUAMI. SUAMI yang kamu pilih untuk menjadi 'dia'.Dia jugalah bapa kepada anak2mu. Pilihlah sebaiknya. Pilihlah agama mendahului segalanya. Pasti kamu bahagia. Insya'Allah.



Nukilan, 
HajarIshak
>_<